Khamis, 5 April 2012

I Follow U...Tak Semestinya U Pun Kena Follow I Balik...

Uhhh...Tak sabar rasanya tinggal 3 bulan lebih je lagi kami akan ke kota Bandung...Yukkk, mari kita ke Bandung...Bagi org lain maybe setakat Bandung tu tak heran lah sgt, biasa2 ja. Tapi bg org mcm aku yg 1st time nak ke-luar dr M'sia ni mmg teruja sgt2 lah. Passport pun dah siap utk kami 3 beranak. 3 saja? Tiga je lah, si kecik akan ditinggalkan dengan pengasuh selama 5 hari 4 mlm.(sobsobsob...tetiba sedih).

'Haifa, sori, mama tak bleh nak bawak Haifa kali ni sbb mama punya misi nak bershopping di sana". Kalau bawak Haifa nnti, mama takut mama tak terjaga Haifa pulak. Haifanya perangai kalau nak tidoq mesti mau guling2 dulu. Kalau Haifa jenis yg boh dlm stroller, terus tidoq ja, dah tentu mama bawak. Ni dlm stroller tak mau duduk/tidoq, jenis yg baru dpt kaki bleh berjalan tak mau bg org pegang tangan pulak...Tempat org adik oooiii...mama buat ralit sikit habis la kena culik pulak..Papa pun dah surrender tak mau dukung or ligan adik kat shopping mall di sana. So, jln terbaik, adik duduklah dgn Mama Syah siang dan mlm selama 5 hari kay...

Tujuan ke sana tu lebih nak shooping la sbb dok dengaq Kakak Ipaq aku cerita baju murah2 kat sana. especially kain pasang la. Last year Air Asia ada buat promo yg serendah 10 sen tu. So, aku racun la En. Suami soh booking tiket. So, kami decided nak pi sana seminggu sebelum kita sambut Awal Ramadhan. So, aku target nak rembat Handbag Coach seketul kat sana nnti. Kalau buleh aku nak sebijik mcm Kak Di pakai ni. Aku dah google2 cari harga dan cari design apakah handbag ni...Yeyyyy...dah jumpa...Poppy Legacy Tote namanya...Aku ni follower Kak Di la u ollsss...Siap print screen lagi tunjuk bukti :)
Aku follower blog Kak Di tapi aku tak tau nak klik kat mana utk aku tau aku follower dia yg keberapa & Aku pun baru je follow blog ILuvBagIncorporation
Pasai apa aku suka jenis yg Kak Di pakai tu?. Ermmm...aku pun sama mcm Kak Di, org yg dah ada anak ni, especially anak kecik mmg nak sgt handbag yg besaq. Senang bleh sumbat botol susu, pampers selai-dua, baju spare anak2 takut termuntah ka apa kan, sapu tangan, milk container, h/p, samsung tab, air mineral mcm2 lagi lah...Senang, sumbat semua tu dlm handbag besaq. Dah ada anak ni, keselesaan dan kesenangan diutamakan dulu. Biar pi lah org len kata, beg mcm tu sesuwei bawak pi masjid boh kain telekung ja pun...Apa salahnya pun, kalau muat boh telekung, aku boh jugak nanti.

Aku dah google2 kat internet. Di Indonesia cuma ada 2 butik Coach iaitu di Bali dan Jakarta ja. So, aku plan dari Bandung tu nak ke Jakarta lebih kurang 2 jam perjalanan. Kami mmg nak sewa kereta sepanjang di sana. Cuma aku tak deal lagi dgn supir tu bleh tak bawak kami ke Jakarta. Quotation yg kereta sewa tu bagi cuma untuk jln2 di sekitar Bandung, so, kalau aku request bawak kami ke Jakarta mmg dia akan caj lebih harga lagi la. Aku minat gila dgn handbag yg Kak Di pakai masa dia pi Cameron Highlands tu. Sampai tidoq mlm pun tak lena wehhh...Memandang harganya yg agak mahal(bagi aku la kan) so, aku cuba kawal diri aku supaya tak extreme sgt. Kena sedar diri dan kemampuan...Sebelum2 ni dan sampai sekarang pun aku masih lagi setia dgn jenama Carlo Rino. Aku penah ada handbag Carlo Rino mcmcKak Di ni dulu. Taste aku lebih kurang mcm taste Kak Di plak eh. Bagi aku tak la mahal sgt. Time raya aku beli la yg new arrival, harga mana leh diskaun, dlm 400-500 ringgit. Kalau time bukan Hari Raya, aku nak tukar pakai mai opis, aku beli la yg offer 50 %. So, kalau dah 400-500 ringgit, less 50 % tinggai ja la dlm 200 ringgit...Mmg standard aku la tu pun. So, bila tgk brand Coach ni, aku ketaq sikit la. Kiranya dah luar dr kemampuan aku la kan. Maknanya kalau aku nak jugak handbag tu, aku kena lepaskan yg lain2...Mcm sebulan sekali ja mkn kfc, sebulan sekali ja mkn pizza. Bleh mcm tu? So, aku tak berani nak masuk butik Coach semata2 nak survey harga. Kalau aku masuk pun mesti sales girl tu pandang aku dr atas sampai bawah. Aku pun tak selesa bila org dok perhati atas bawah. Lagipun kat Alor Setar ni tak dak butik Coach, paling dekat pun Penang (Gurney Plaza).
Tak ada masa aku saja2 nak pi sana semata2 nak survey harga dan design. Buat perabih duit minyak dan tol saja. Kalau ada urusan yg lain di sana, bleh la aku lajak ke Coach Butik di Gurney Plaza tu. Last 2 weeks Kak Di ada updated dlm blog dia, dia akan ke JB dari Sabtu hingga Selasa. Aku dok tunggu la jugak kot2 la ada entri yg dia ke Premium Outlet. Aku ada la PM dia di inbox FB, aku kata kalau pi sana tlg la review pasai JPO especially butik Coach. 

Aku bleh start baca blog Kak Di @ The Green Apple ni since aku terbaca blog Filla. Ada satu entri tu Filla story dia masuk Olay Contest dgn Green Apple ni la. So, dlm entri tu Filla tulis kalau nak tau story pasai contest yg dia masuk tu, SILA KLIK SINI, Fillla kata dia follower je for this blogger je. Dah blog dia, dah tentu la byk gambar dia, kalau nak tau story pasai OLAY contest tu, refer la blogger yg dia follow tu :)

Actually blog Kak Di laki aku yg start baca dulu. Pastu dia dok balik cerita kat aku. Laki aku ni kalau bab penceritaan mmg failed! Cara dia cerita tu, aku takat buleh dengaq je lah...Dia dok cerita, dia ada baca satu blog ni. Blogger ni nama Di kot. Bleh plak kot. Dah hang baca bleh plak hang kot. Ayat kot tu menunjukkan hang sendiri pun tak pasti. Laki aku cerita, Di ni keja apa ntah. Tapi keja dia dok test produk2 yg ada di pasaran ni lah samada ada unsur2 DNA babi or tak, halal ke tak. Dia dok cerita dia dok baca blog ni aku dengaq telinga kanan, keluaq telinga kiri je lah. Sejak dari hari tu, kalau pi shopping kat Tesco or Giant, masa nak beli barang beku mcm nugget or sosej, laki aku bleh plak ckp, owh kita beli brand ni je lah. Sbb brand ni yg Di beli dan gunakan di rumah. Brand2 ada unsur DNA babi tu dia tak mentioned la pulak dlm blog dia. Dia cuma mentioned brand yg dia beli. So, kita pun belilah brand yg dia guna. Dah tentu selamat, tanpa was2.
So, bila aku terbaca blog Kak Di barulah hati aku berkata, owh, blog ni lah yg laki aku dok beria-ia bagitau aku selama ni.Tettttt....Tetiba malu dgn laki sendiri...

Aku suka baca blog Kak Di ni sometimes ada gak la info2 yg berguna utk aku. Ada satu entri yg dia review pasal produk Ramly. Ada sorang reader ni email kat dia tanya pendapat pasal brand tu la. Pastu Kak Di reply dia punya pertanyaan dgn menjawab dlm entri. So, kalau dia buat dlm entri, ramai lagi yg bleh dapat info kan. Kalau dia reply email reader tu, hanya reader tu ja la yg dpt jawapan kan. So, Kak Di kata guna pakailah keputusan terkini yg diorang jalankan...KLIK SINI.

Aku dpt inspirasi nak tulis blog ni pun dari Kak Di jugak. Aku nak jadikan blog ni tmpat merempan. Sama mcm Kak Di la pulak. Byk pulak yg I sama dgn U ka yg I tiru U niee...Blog ni laki aku yg punya. Wujudnya blog ni 3 thn yg lepas. Masa tu dia sambung Master. Last semester tu, ada subject IT, so syarat subject tu setiap student kena create blog sendiri. So, husband aku pun buat la blog sbb nak memenuhi syarat ja pun. Dia pun tak active berblog ni. Kalau rajin, update, kalau tak rajin, tak dak cerita, 6-7 bulan tak berupdate.
Sampailah satu hari aku bersuara kat dia yg aku kata aku nak tulis blog. Aku cuma nak jadikan blog ni tmpat aku sindir2 org yg tak puas hati/tak suka dgn aku, tapi masih nak ambik tahu apa aku buat, rutin harian aku. So, laki aku create la satu username ngan password kat aku satu. Dia kata aku bleh update apa2 kat blog ni, setiap kali nak post entri baru, masukkan nama dan pasword yg dia bg tu. So, kalau entri tu aku yg post, mmg akan tulis posted by Hayati. Selalunya entri yg posted by Hayati ni ayat2nya bleh tahan la kasaqnya or kuanghajaqnya...Entri yg diposkan oleh laki aku lak ayat yg sopan2 dan skema2 gitu yer...

Kalau aku free, mcm hari ni, aku update la blog. Kebetulan plak hari ni bos aku ada site visit mengejut dgn Menteri mana tah. Aku sampai opis lagi 5 mnt nak pukul 8. Aku tgk bos aku dah tak dak dlm bilik. Keta ada la pulak. So, aku dpt info yg dia pi site visit dgn GM sbb ada Menteri mana ntah nak tgk projek...Memandangkan aku posa ganti hari ni, aku tak kalut nak sarapan la kan. Aku terus duduk kat  workstation aku and on kan PC, check email dulu, pastu tak dak email yg urgent, aku layan la blog. Aku berkobar2 la bukak blog Kak Di, sbb smlm dia ada mentioned dlm entri dia, dia ada entri yg lebih BEST patut keluar dulu. Sekali pagi ni aku bukak, mak ai kemain lagi entri "Contest Blog Green Apple" rupanya...Hadiahnya siap di sponsor oleh I Luv Bag Incorporation. (Kelasss kau Kak Di, U dah sama level dgn retis ni, artis je yg selalu dpt sponsor ni tau).



Aku baru ja like FB kat atas tu td. Semata2 nak masuk peraduan ni :) I Luv Bag Incorporation tu ada website jugak. Ini alamat websitenya http://www.iluvbagincorporation.com/. Aku baru ja bukak websitenya. Kat opis aku ni FB cuma bleh bukak sejam sebelum balik. Kalau waktu lain tu, IT dept mmg block la semua staff dari access ke akaun FB. Selain Coach, ada jugak jenama handbag jenama len yg di jual antara Burberry, LV, Gucci, Prada(pendek kata semua branded oversea handbag) la yg di jual di Butik2 ada di jual di sini. Jam tangan, kasut dan barang make-up pun ada jugak!!! Dah mcm one stop centre plak aku tgk website ni. Lepas aku belek2 design2 dlm website I LuvBagIncorporation tu ada bleh la dikatakan jatuh hati dgn design POPPY SINGATURE SATEEN SPOTLIGHT SHOULDER BAG (photo 3 dr kiri, barisan atas).

 

Harga ada dia tulis kat situ $268, tp diskaun tinggal $187.60 ja?. So, aku try lah convert ke RM lebih kurang RM 609.70. Lebih murah harnya berbanding yg aku tgk kat website ni http://luxurycometrue.com/. Inilah design Coach idaman haati aku, kepunyaan Kak Di. Aku ada pm ke inbox Fb dia tanya brp harga and dia beli kat mana? Dia kata handbag ni dia beli kat kawan dia, kalau aku bleh dpt below 1K, okay la. Aku rasa Kak Di beli handbag ni ILuvBagIncorporation ni lah kot. Kak Di, please rekemen I kat ur friend ni kot2 I bleh dpt member price kan...Bueekkkk...Design ni aku tgk tak dak la pulak dlm list/catalog  ILuvBagIncorporation tu. Maybe aku kena pm sendiri owner website tu tanya dia bleh dapatkan tak design yg aku nak ni dan berapa harganya. So, tak mustahil kalau aku tak dpt handbag ni kat Jakarta nnti, aku akan beli dari website ni jugak nanti.
 
Poppy Legacy Tote

Actually aku ada gak survey website2 / Fan Page yg jual branded handbag ni. Sejak aku jatuh hati dgn handbag Kak Di tu la. Nak beli kat Butik Coach tak mampu, so try la cari yg on9. Budak opismate aku kata kalau beli on9 harga lebih murah beza dlm 400-500 ringgit dari Butik. 
Tapi aku tak konfident nak beli secara on9 ni. Aku penah sekali 'terkena' beli barang on9 ni. Aku beli baju & kasut utk anak aku. Aku beli dari C***** Ga***RY. Aku punya order total RM150. So, kasut yg aku order tu pre-order and EA 2 minggu selapas closing date. So, aku dah buat full payment, Sbb dia mintak full, deposit tak mau. Okay, fine. Aku tak dak Maybank2U pun bleh pulun soh opismate aku transfer pi akaun dia. Selepas 2 minggu closing date, aku email tanya, barang dah sampai ka. Dia kata barang tak sampai lg. Dia delay lagi 2 minggu. Okay, aku sabar. Lepas 2 minggu aku email lagi. Pastu dia bagi alasan dia kata kena ambik masa lagi seminggu. Okay, cukup seminggu pastu aku sms plak, masa tu, dia mintak delay lagi, dia kata barang dah sampai, cuma 4 hari dah hold kat Kastam Pelabuhan Klang. Org yg 1st time beli on9 ni mmg rasa aku dan kena 'kencing' ni. Bagi org len takat RM150 tu apa la sgt. Tp kalau gaji aku sebulan 5K setakat RM150 tu lekat celah gigi ja kan. 

Pastu aku decide, aku kata okaylah, aku dah tak sanggup nak tunggu lagi. Aku nak kensel ja kasut yg pre-order tu, tp aku nak gantikan dgn baju yg ready stock harga yg sama. Dia kata ok, bleh. Aku email kod baju yg aku nak tu. Sekali bila courier sampai kat tgn, terjojol bijik mata aku, design mcm vavi...Bukan design yg aku nak...Design yg dia bagi tu design yg tak laku. Design yg buruk gila(bg mata aku la). Aku email & sms dia bleh plak dia jawap, owh tu salah pekerja, pekerja dia yg packing. Hello, yg aku email order/sms tu dgn hang, bukan dgn pekerja hang. Sebelum hang suruh pekerja hang packing, bleh tak hang check dulu kod2 yg customer order, sama ke tak dgn brg. Kalau hang nak jual barang hang ikut sedap hati ja, baik dlm web / fb hang baju2 tu hang tak payah letak kod kan. Sejak dr hari tu aku mmg tak percaya dah nak beli on9 ni...Sbb apa, sbbnya ada penjual sebigini yg ambik mudah dgn customer. Maybe bisnes dia untung juta2, pekerja berderet2. Dah tu takat order aku RM150 tu dia buat lebih kurang ja kan..

Kak Di, I dok tgk shwal yg U jual semua lawa2. Tapi I tak reti la nak pakai shwal ni, Lagipun harga dia I tak mampu lagi la nak beli...Hopefully our bisnes always smooth and untung ribu-riban (Pastu baru juta2 kan)...
Kalau I tak jadi customer U, I jadi follower Blog U pun jadik la kan :)
Dan I jadi silent reader U jugak, sbb setiap entri yg U post, kadang2 I nak tinggal komen tapi tak tau nak klik kat mana... 
' I FOLLOW U, TAK SEMESTINYA U PUN KENA FOLLOW I BALIK...' 
Tiada paksaaan dlm berblogging :)