Jumaat, 25 November 2011

Restoran Aur Gading - Mee udang Sg Dua


Salah satu restoren Mee Udang yang sedap di Sg. Dua. Jangan tersalah restoran pulak sebab di Sg Dua terdapat berlambak-lambak restoren mee udang. Tapi yang ni one of the best. Kalau nak pergi restoran ni, kena naik atas sikit ke Titi Timbul. Ada 2 restoran sebelah sungai. Ikut petua orang Penang, 2-2 restoran ni memang best kalau nak compare dengan yang ada di pekan Sg Dua.

Tempat ni senang saja nak cari & kalau pakai GPS lagi lah mudah. Dari Alor Setar, keluar dekat exit Sg Dua dan memandu ke arah pekan Sg. Dua, lepas tu bawak ke arah Titi Timbul. Kami sampai lebeh kurang jam 11 tengah hari dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Restoran baru nak buka dan kami customer no.1 pada hari tu(Hari ke-2 Aidiladha).




The highlight kat Restoran ni sudah tentu la Mee udang tapi kedai ni jugak ada bakar-bakar, tomyam & macam-macam lagi. Kami order mee udang untuk 2 orang, air nyior & air teh suam. Mee udang kat sini memang marvellous.






Harga pun kira OK la. Mee udang untuk 2 orang dengan udang size besar baru RM27.20. So, next destination, Pulau Pinang.