Aku dah genap pun 30 tahun pada 30-Mac yg lepas. Mintak Hariz nyanyikan lagu besday kat aku Hariz kata nak nyanyi lagu Hepi Besday kena ada kek la mama. Jadi, hari jumaat tu lepas balik keja, pi la beli 2 slice kek kat Secret Recipe. Jadilah 2 slice ja. Beli sampai sebijik sapa lagi yg nak mkn. Aku sendiri yg decided nak mkn kat mana. Dan aku aku jugak yg kena bayaq...
Mama sedih okay :) Chewahhh, mama gurau je la papa...
Mama sedih okay :) Chewahhh, mama gurau je la papa...
A Slice of Creamy Peach |
Grill Marinated Chicken with Rice |
Classic Cheese |
So, celebrate lah kami anak beranak di Spring Leaf Cafe. Owh, Spring Leaf ni kat Kanchut (dulunya bangunan MAS yg punya). Kiranya makanan kat situ mmg masuk la dgn tekak kami sekeluarga. Aku paling suka dgn ice blended cappucinonya...Tapi harga, mak aiii satu gelas RM 7.90. Standard la kan harga cafe. Kalau harga pasar mlm bleh la dpt satu RM2. Setakat ni ice blended kategori pasar mlm, aku mmg suka yg jual kat pasar malam Tmn Nuri ja. Rasa dia beli bila pun maintain. Ada yg aku try kat pasar mlm lain, ada yg terlebih susu, terkurang flavour cappucino, air gula terlebih...Ermmm...tak sedap.
Blackcurrant ice blended & ice blended cappucino
|
Tahun ni tak dak hadiah dari En. Suami pun...Tahun lepas ada plak...Erm, tak dak pun tak pa. Kalau ada nnti berprasangka buruk plak kan. Ha, mcm thn lepas bagi hadiah, tu yg musykil sangat2. Bila bergaduh mula aku berprasangka buruk.
Air kosong for kiddos |
Lamb Black Pepper |
Besday aku yg pertama selepas kahwin kami celebrate kat Secret Recepi. Aku pregant kat Hariz 6 bulan masa tu (thn 2007). Aku try order spagetti bolognese. Aku try satu mulut dah rasa tak leh masuk...Last2 aku ratah daging cincang yg ditabur atas spagetti tu ja. Terkial2 la jugak En. Suami nak habiskan spagetti tu. Tak mkn, sayang tu sbb bayar okay...Dah tu mahal plak...
1st time mkn kat SR, RM51. Huhuhu...sedih ja aku tgk En. Suami bayaq masa tu. Dah la gaji dia masa tu RM600 ja sebulan. Aku plak tak keja masa tu. Ye lah, org tgh mengidam ni kan teringin mcm2. Memandangkan aku ni belum penah masuk SR, En. Suami pun belum penah masuk, tu yg dia tunaikan jugak la permintaan aku. Dah keluaq dari situ, rasa menyesal la pulak, bayaq mahal, tp mknan tak sedap(tak masuk dgn selera tekak kami ni).
Hariz & Haifa |
Abg & Adik |
Balik keja lak, aku keluar kul 6 ptg. En. Suami 7.30 mlm baru abis keja. So, aku berjalan la dari Sony tu ke hentian bas. Ambik bas depan Sek. Men. Teknik Simpang Kuala tu ke Pekan Rabu. Lepas tu berjalan kaki ke Mydin. Selama 2 minggu aku naik bas Transnasional turun di Pekan Rabu. Dah sampai Pekan Rabu, aku tunggu kat luaq Mydin tu, tunggu En. Suami habis keja kul 7.30 mlm. Habis keja, kami rempit nek motor balik rumah Taman Nuri. Ada jugak hari yg hujan. Hujan2 pun rempit jugak la. Sbb Hariz tak ambik lagi. Sampai Tmn Nuri 7.45 mlm, cepat2 ambik kunci keta, keluaq pi ambik Hariz kat umah pengasuh di Taman Wira. Ermmm...letih, susah, sedih masa tu semua ada...Sampai umah, dah dekat kul 9. Aku nasib baik la kan sbb masa tu dok ngan mertua. Tak payah pikiaq balik nak masak apa, mkn apa. Apa yg mak mertua aku masak, kami makan...Sedap aku mkn byk...Tak sedap aku mkn sikit. Dasar menumpang tu pandai2 la bawak diri kan...
Dalam 27hb Nov 2011 mcm tu aku saja la ajak En. Suami pi tgk kereta. Kami mmg dah plan, kalau aku dpt ja keja, mmg kami kena beli jugak keta sebijik. Masa tu dlm kepala otak dok nampak Kancil 2nd hand ja pun. Pastu weekend tu kami saja ke showroom perodua kat Jln Pegawai. Masa tu model Viva baru ja keluar. Sembang punya sembang dgn salesman tu, dia pun dah racun kami. Kami dah bagitau yg kami ni baru ja keja, payslip 3 bulan pun tak dak lagi. En. Suami lagilah,baru nak start keja 1-Dec-2007. Dah nama pun salesman, dia punya pulun tu siap bleh kata "EH, tak pa, abg dpt keja dgn company besar, payslip tak dak pun tak pa, bawak mai offer letter ja. Yg tu saja pun dah cukup utk proses dgn bank". En. Suami pun mintak la offer letter kat HR office dia ni. Keja tak mula pun lagi, tp mintak dulu dah offer letter. Bleh mcm tu?...Kami pun bagi la kat salesman tu, kalau lulus alhamdulilah...Kalau tak lulus dgn bank, keja dulu lah sampai dpt payslip.
Salesman tu bwk permohonan kami ke Ambank. Masa tu Ambank bg rate yg paling rendah antara bank2 lain. Lepas tu tak lepas loan dgn Ambank, Ambank nak sorang penjamin lak. Kami ni dgq penjamin baik tak payah la kan. Kami pun bgtau la kat salesman tu, kalau pakai penjamin, kami tak mau la, kensel...Tak payah buat loan lah kalau mcm nie...Last2 salesman tu pi mengadap manager kat Maybank kot. So, loan kami pun lepas la dgn Maybank tanpa perlu penjamin. Maka hutang yg pertama kami buat adalah kereta Viva 850cc(manual), monthly payment RM377. Kami mmg tak suka buat loan kalau guna penjamin2 ni, especially adik beradik...
Aku dah sah2 la sebatang kara(Seibu mmg sebatang kara, kalau sebapa aku ada 6 beradik lagi). Laki aku w/pun 4 beradik. Dia bukannya rapat dengan semuanya. Daripada dok dgr cakap2 belakang sesama adik beradik di kemudian hari, lebih baik tak payah guna penjamin ni dari kalangan adik beradik!!!.
Down payment utk keluarkan Viva tu RM500 aku pinjam dari mak aku. Nak pinjam dari bapak mertua, laki aku malu. Malu la, hutang kawin dgn aku 5K pun tak berbayar lagi dekat bapak dia. Kang pinjam lagi, adik beradik laki aku yang lain kata apa plak kan.
RM500 pun tak dak saving masa tu. Tiap2 bulan aku bayaq balik kat mak aku duit yg aku pinjam tu. Tu pun mak aku punya bersungut tak abis2. Dia kata RM500 tu kalau dia simpan kat ASB pun bleh dpt dividen tiap2 bulan. Bagi pinjam kat aku bayaq sikit2 habuk pun tak dak. Bleh plak mak aku ckp mcm tu. Standard la org baru nak hidup, mmg la mula2 susah dulu.
Keta masa tu mmg keperluan utk kami sekeluarga. Dah la kereta bapak mertua aku tu asik rosak. Keta lama mmg cam gitu pun. Keta tu pak mertua aku tak reti bwk pun. Dia harapkan laki aku, or kakak ipaq aku ja la yg bawak dia pi mana2 dgn keta tu. Bila kami dok situ, mmg kami la yg dok guna keta tu. Dah ada anak, nak pi klinik ka or mana2 pun payah la nek motor. Nissan Sunny tu plak asik rosak ja. Sekali rosak, pak mertua aku pi repair...Sekali pi repair 200-300 ratus...Tak tau la depan kami bapak mertua aku tak la ckp apa, tp belakang kami tak byk, tentu ada la sikit dia dia bersungut kan...Yg dok naiknya kami anak beranak, tp bila rosak dia yg repair. Tu yg aku kata kat En. Suami better beli sendiri kereta yg baru sikit(w/pun 2nd hand). At least tak la memanjang rosak mcm Nissan Sunny tu.
Loan pertama dgn bank -Tinggal kenangan ;) sbb dah jual |