Sabtu, 21 April 2012

BFF (Part 2)


Since aku dah masuk kolej kat KL and joint budak2 kolej, biasanya budak2 kolej mmg anak org2 kaya…So, bila dah dok di KL lah katakan, tak byk sikit pun mestilah terpengaruh ngan cara hidup org KL. Cara org KL berpakaian, lepak dan sebagainya…Lepas dpt result SPM tu aku ambik la keputusan utk sambung dlm course IT. Ada byk course, tp course IT masa tu lah bidang yg disebut2 coz thn 2000 tu disebut zaman millennium. Maka zaman millennium mestilah yg celik2 IT. So, bulan 5 mcm tu aku start sem 1 Dip in IT di Sal College Jln Tun Razak. Kampus aku betul2 tgh town, bersebelahan Perpustakaan Negara, dekat ja dgn IJN dan HKL. Kolej aku tu bangunan lama yg dibina pada zaman British menjajah dulu…
Bila aku tgk org2 disekeling aku pakai lawa2 mkn yg sedap2, enjoy tgk wayang of coz la aku terdorong sama nak semua tu…So, mcm mana aku nak dptkan duit?...Owh, aku tak buat part time jadi GRO yerrr…Alhamdulilah, Allah masih melindungi aku iman aku pada waktu tu…So, mak aku kata dia cuma buleh support takat mkn minum aku sehari2 ja kat kolej…Kalau aku nak lebih, aku kena usaha sendiri…So, fikir punya fikir, aku try la nak keja part time on weekend saja.  Dan aku pun try la mintak keja dekat satu fast food ni (Restoran Ayam TAZA)…Aku keja situ sebulan setengah pun.  Restoran yg aku keja tu letaknya di Bangsar Baru. So, dari hostel aku, aku naik LRT di Stesen Damai, lepas tu turun di Stesen Bangsar. Dari Stesen LRT Bangsar, aku naik Putra bas utk ke restoran tu yg terletak di Jalan Telawi 5 Bangsar, dr LRT Bangsar tu nak ke restoran aku dlm 10 mnt…Tapi tak kan nak menapak lak kan…Berpeluh ketiak siottt…
Restoran TAZA yg aku keja tu cawangan ja. Yg utamanya sebelah panggung ODEAN, berhadapan SOGO. Restoran TAZA ni mmg baru lagi masa tu, dia punya menu konsep mcm Kenny Rogers ja. Tp branch yg aku keja kat Bangsar tu tak bleh survive. Lebih kurang sebulan setengah aku keja situ,  cawangan tu kena tutup sbb tak bleh buat sale…So, staff yg lama2 keja situ(bukan ramai pun ada la dlm 6-7 org) di transfer ke TAZA Odean, depan SOGO tu. Aku lak yg staff baru melopong la sbb tak dak tmpt dah, pastu gaji yg aku kerja sebulan setengah tu sekupang pun depa tak bayaq. Masa tu mentah lagi kan, baru 18thn, bukan tahu nak ngadu kat sapa, mana nak tau pasai Akta Buruh bagai…Aku ingat lagi masa aku keja kat TAZA tu, jatuh Hari Raya Korban. Aku excited tak balik raya, sbb pilih nak kerja di hari raya. Manager TAZA tu kata kalau aku keja on Public Holiday gaji aku akan dibayar 3 kali ganda! Sapa tak mau duit beb!!!…Sekali jadi cam tu, hah tu la tamak sgt, sampai tak mau balik raya sbb nak pulun dpt bayaran triple…TAZA yg aku keja kat Bangsar tu tak dak sale, kalau hari cuti, customer masuk setengah jam sorang ja…Dan sale dlm sehari nak dpt 300 ringgit pun susah…Kalau lunch hour, 2 kaunter la bukak. Kalau lepas lunch hour, mmg 1 kaunter ja. Aku keja weekend kalau sampai time closing mmg best sbb apa, sbb aku bleh tapau ayam yg tak abis…Housemate aku paling suka dan ternanti2kan kepulangan aku membawa balik ayam TAZA. Makan free, sapa tak mau kan...
Lepas TAZA tu tutup dan aku pun dah give up asyik ulang2 pi tanya gaji aku yg tak bayaq2 sampai kesudah. Lebih kurang 4 bulan aku study 1st sem, aku diberi cuti seminggu sempena study week. Selepas balik dr Alor Setar, aku turun bas di Puduraya. So, aku kena berjalan dari Puduraya utk ambik bas Intrakota di Pasar Seni utk balik ke hostel aku yg terletak di Keramat. Masa on da way nak ke Pasar Seni tu aku melalui Restoran Mc’Donalds dan aku tergerak nak masuk untuk apply keja kat situ. Kebetulan org yg aku bertanya ada kerja kosong dak, adalah Manager McD tu sendiri. Dia terus suruh aku isi borang, dan interview hari tu jugak. Aku bgtau kat dia yg aku nak buat part time Sabtu & Ahad ja sbb hari lain aku budak blajar. So, dia pun kata okay, tak jadi masalah..
So, bermula lah kerja part time aku di Restoran Mc’D Jalan Silang (sekarang Mc’D tu dah tukar nama jadi Mc’D Jalan Tun Tan Siew Sin)…So, di sini lah aku belajar byk mengenai kehidupan, persahabatan, dan percintaan)…Chewahhh…
1st Day keja di Mc’D aku diajar di bahagian kaunter…Bahagian kaunter, bahagian yg kena serve customer…Rupanya kat Mc’D tu ramainya staff yg buat part time selepas ofis hour. Antaranya Abg Khairi dan Abg Mirul. Lepas tu, ada 3 adik beradik yg bernama Syed akan kerja on weekend mcm aku jugak. Manager Mc’D masa tu nama Rosedin. Kami kat Mc’D panggil dia Abg Din ja…Dia ni ada time serius, ada time buleh buat lawak…Tapi dgn aku dia byk bertolak ansur la…Hahaha…sbbnya aku p’puan kot sbb tu dia tak marah2 or garang sgt. Bila 3-4 kali aku keja hari minggu dan aku pun dah buleh masuk ngan semua staff kat situ, aku rasa seronok eh keja ni…So, aku decide, aku nak keja jugak kalau dlm sehari tu aku cuma ada 1 kelas ja. Contohnya kalau kelas aku pagi habis kelas kul 1, aku akan masuk keja kul 2 ptg…Kalau kelas aku start pkl 3 ptg, aku keja Mc’D opening 7 pg sampai 1 tghari ja…Keja Mc’D ni bagi aku mmg penat. Tp kalau kita rasa enjoy dgn kerja kita tu, penat tu tolak tepi kan…So, far aku keja Mc’D ni mmg best, dan paling best antara semua tmpat yg penah aku kerja…So, org yg kerja Mc’D ni buleh dikatakan 70% tak buat kerjaya…Ramai yg keluar, masuk…Hari ni org baru masuk, esoknya masuk org lain pulak silih berganti…Majoriti yg keja Mc’D tu student mcm aku jugak…Gaji aku masa tu dibayar ikut jam. Sejam RM 3.20. Every 4 months naik 5 cents ja tau…

Kat Mc’D tu majority semua staff laki. Ada la jugak staff p’puan, tapi buleh dikira dgn jari la…Dan aku bukanlah staff yg paling lawa pun kat situ…Tapi alhamdulilah, semua staff laki kat situ layan aku dgn baik…Maksud baik tu bukan la bermaksud, selalu blanja aku mkn, pi ambik hantaq aku balik keja…Tak!!!
Dr Store Manager, Abg Din, 1st Floor Manager, 2nd Floor Manager dan Floor Manager semuanya baik…Schedule kat Mc’D, 1st Floor Manager yg akan buat utk 2 minggu yg akan datang dari tarikh semasa…1st Floor Manager yg akan mintak schedule kelas aku dulu sbb dia akan ejas time aku kerja tak clash dgn jadual kerja aku…Huhuhu…sekali lagi aku berlagak mcm diva! Abg Nick Jamari(Nick Jawa)-dia cukup marah kalau panggil dia Nick Jawa. Sampaikan kalau study week aku selama seminggu dia suruh aku keja direct…Aku kata kat dia, “Abg ni teruk la soh org keja ari2, org nak gak cuti keluar dating ngan boyfriend”…Pastu rileks ja dia sound aku “ko tak payah la dating2 ni, kalau ko dating2 ni kau buat maksiat ja, byk “main” dgn boyfriend ko buat apa…Baik ko keja, bleh dpt duit"…Ayat…mmg pedih kan…Tapi aku dah biasa dgn ayat2 yg mcm tu…Dan diorang ni mmg suka ckp yg lucah2. Memula tu aku mcm tak leh terima la depa tu jenis yg bergurau ckp lucah2. Bila dah lama2 joint depa, hakikatnya hati depa tak mcm tu pun. Kat Mc’D dulu aku mmg kira rapat la dgn abg2 Mc’D. Yg pompuan tak tau la aku tak leh nak close sgt. Pasai apa erk…

Aku paling suka keja ptg sbb leh jumpa abg Mirul & Khairi. Depa 2 ni mmg baik. Abg Khairi lembut orgnya. Lembut tu tak bermaksu auww yer…Lembut ni stail soft spoken, tak reti nak jerit2 or marah…Abg Mirul ni lak muka pun dah lawak+cara ckp. So bila dah 3-4 bulan keja, depa ngan staff laki yg lain ajak aku masuk keja ptg sampai closing…So, aku try la satu hari, mmg best sbb deepa semua tu kaki buat lawak…Aku masuk keja 7 mlm. Tu kiranya hari Sabtu la sbb aku tak dak kelas. So, Mc’D Jln Silang tu lebih kurang kul 7-8 mlm ja yg customer ramai pun…Customer akan ramai time siang hari Ahad, sbb apa, sbb kat Mc’D tu tmpat berkumpulnya pembantu2 rumah warga Filipina, Indon, Myanmar dll la. Tensi aku kalau keja hari Ahad ni riuh dlm Mc’D tu terasa mcm aku berada di Filipina or Myanmar ja! Hari Sabtu Mc’D aku keja tu tutup kul 11.30 mlm. So, lepas 11.30 mlm, Mc’D tutup, semua yg ada kat dlm tu kena cuci2 la apa yg patut. Sapa kitchen krew, of coz la kena cuci kitchen, tukaq minyak menggoreng utk esoknya pulak. Memandangkan aku kaunter krew, tugas mencuci kaunter(lap2, apa yg patut) dan jugak kena bersihkan mesin aiskrim dan ayaq milo, fresh oren,ice lemon tea (alah, balang yg kat blakang, kalau masuk Mc’D bleh tgk la baling yg isi ayaq tu (Aku lupa apa nama baling ayaq tu). Balang ayaq tu hari2 kena cuci time closing…Selalunya shift untuk closing mmg akan ada 2 kaunter krew, 3-4 org kitchen dan sorang utk jaga lobby. Aku dgn Abg Mirul mmg jaga kaunter la. Sbb kami ni kategori peramah dan pandai melayan customer. Dan tak dinafikan every month akan akak pertandingan the best counter krew. Contohnya HQ akan hantaq sorang misteri customer, so nasib la masa dia datang sapa yg serve dia. Dr mula2 dia masuk kita great dia, serve dia, serve mesti tak bleh lebih dr 60 mnt yer...Sapa pun tak tau sapa customer misteri tu. Even manager aku pun tak tau. Sbb tu kitorang dilatih utk serve semua customer dgn sama. Jgn kalau Mat Salih yg masuk, ko layan lebih2 over excited lak, Yg makcik2 stail kampung ni buat layan tak layan lak, No, tak buleh mcm tu. Muka kena senyum. Once dia datang, dia tgk name tag, lepas tu dia balik ke HQ, 2-3 hari lepas tu fax akan sampai ke Mc'D, kalau kau serve bagus, tak dak hal. Kalau kau serve tak bagus, silalah kena bambu dgn store manager yer. Tapi aku 3-4 kali serve dgn cutomer misteri ni, customer misteri tu amat puas hati dgn cara aku serve dia!...Huhuhu...sbb tu adalah aku tak pernah pun dok dept lain. Abg Nick kalau buat schedule aku, mesti letak aku kaunter ja...Aku penah gak tringin nak dok kitchen, tp selalu aku request tak penah yg dpt. Abg Nick kata ko dah mmg bagus pun dok kat kaunter, tak payah sibuk2 nak dok kitchen. Damn!!!.

Abg Khairi selalunya jaga lobby…So, lepas mkn dia angkat tray org yg dah mkn. Buang sisa mknan dlm tong sampah. Kalau waktu closing, dia akan kerusi tiarap kerusi atas meja, mop lantai…Aku lak closing kaunter buat keja sikit2 ja, Hahaha..Abg Mirul yg akan buat byk. I kan manja gitu…Bukan apa, bg aku renyah tu, hampa ingat senang ka nak cuci mesin aiskrim tu…Nak bukak senang la…Nak pasang balik tu dekat 20 bijik screw, silap pasang, aiskrim tak keras okay!!! Ais krim yg dlm mesin tu kalau ada belen, kena keluarkan dulu, kena transfer. Ingat transfer pakai senduk ka. Ada cara la, tp aku dah lupa mcm mana cara dia…Aku byk sembang ja la…Sbb mulut aku potpetpotpet ja…Aku mcm penglipurlara pun ada jugak masa kat Mc’D tu.

Abg Mirul penah tanya aku, “Yati ni ada boyfriend ka tak? Abg Mirul tak penah nampak pun boyfriend Yati mai ambik mai hantaq”…Masa aku mula2 keja Mc’D tu, mmg la aku single pun. Masa Abg Mirul tanya soalan tu pun, aku belum declare ngan sapa2 dan waktu tu aku sedang ‘berkawan’ dgn seseorang dan hati aku pun sudah dimiliki olehnya!!! (Jiwang tak hingat). Pastu aku ckp la kat Abg Mirul “Yati dah ada pakwe” la. Tp pakwe Yati jauh…Pastu Abg Mirul cakap “Apa barang dok jauh2,  gersang la mcm tu!”…Cisss…Pastu Abg Mirul tanya aku, Yati nak laki ciri yg mcm mana…Pastu aku ckp la “Yati nak lelaki yg tak hensem pun tak pa, janji sedap mata memandang, Yati tak mau yg hensem sbb Yati ni cepat jeles kalau org asyik dok tgk boyfriend Yati ja. Pastu Yati nak romantic, mesti!”Huhuhu...Pastu Abg Mirul tu ckp, yg romantic tu tak semestinya pandai beromen…Ntah apa2 la kan…Ckp apa pun mesti lucah dan akan kenakan aku balik. Pastu dia siap leh ckp, “Abg Mirul pandai romen paaa”…Pastu aku tanya balik, kalau Abg Mirul pandai beromen, pasai apa Abg Mirul tak kawen2 lagi…

Abg Mirul ni anak sulong. Dia ada adik beradik yg len lagi. Adik beradik yg dok study dia dok support. Masa tu pulak bapak dia dok sakit. Every month , almost 1K dia akan sara family dia. Siang dia keja ngan Telekom. Lepas kul 5 habis keja ngan Telekom, baru dia masuk keja kat Mc’D. So, shift dia memanjang sampai closing time. Masa tu umuq dia dlm 33 thn (2001). Dia kata dia akan kawin selepas tanggungjwb dia kat adik2 selesai. Baguskan org mcm ni…Setiap bulan dia dah siap2 simpan 300 ringgit utk anak dia in future. Pastu aku lekeh2kan dia, aku kata la "Abg Mirul ni girlfriend pun tak dak lagi. Dah la umuq 33 thn, tp tak kawin2 lagi, dah tu siap plan saving utk anak bagai"…Abg Mirul kata “Abg Mirul laki la, kalau Abg Mirul kawin umur 40 thn pun, sperma Abg Mirul kuat la, buleh la dpt baby”…Okay, aku kalah dah, so pertengkaran antara aku dan dia ending kat situ ja sbb muka aku dah mcm pakai blusher(sbb kulit aku hitam tak la nampak mcm udang kena bakaq!).

Time closing aku sorang ja staff pompuan. Dan selalu aku la kena buli. Kalau bertengkaq apa pun sure aku tak menang sbb tak dak p’puan len nak back up aku. Selalu time closing ada aku, Abg Mirul, Abg Khairi, Abg Shamsul, Abg K-Rel dan jugak Azra. Manager pulak mlm selalunya 1 atau 2 org. Kalau Abg Din yg ada time closing, mmg masing2 skema la sikit, maklum la store manager. Kalau ada Abg Asrin (Yien) lagi best…Abg Yien mmg sempoi, kalau time closing ada dia, aku yg paling gumbira…Muahahaha..sbb apa erk, sbb kalu ada dia, burger yg tak abis lepas store close 11.30 mlm, aku buleh rebut burger yg tak abih tu bawak balik utk housemate aku…Kalau Abg Din ada, sapa sorang tak berani ambik bwk balik rumah kay…Prosedurnya, semua burger yg tak abis, kena rekod sebagai ‘waste’ dan kena dimasukkan dlm tong sampah…Staff tak dibenarkan bwk keluar burger yg ‘waste’ dari Mc’D. Bukan apa, Mc’D takut ada staff yg bawak burger tak abis tu pi jual kat luaq, bila ada kes keracunan ka apa, org mesti akan salahkan Mc’D sbb burger yg berbalut tu dah sah2 la berbalut logo Mc’D…Kalau Abg Yien yg ada time closing mmg best! Dia tak kisah pun brp byk yg kami nak bwk balik burger2 yg tak abis tu…Kadang2 abg2 yg kat kitchen tu sengaja tau masak burger lebih2 sedangkan dah kul 11 mlm mcm tu, cutomer ada la 5-6 org…Tapi diorang siap masak lebih, senagaja dah tau store close 11.30 mlm nnti nanti buleh pakat2 tapau sorang sikit. I LIKE!...Abg Yien ni paling sempoi sempat dia tak ikut peraturan sgt, dia kira kepala otak ja la. Aku dgq dari Abg2 senior Mc’D dia ni naik jadi Assistant Floor Manager pun asalnya dari krew biasa ja. Pastu naik jadi crew leader. Abg Yien ni banker budak2 Mc’D sebelum dpt gaji. Selalunya gaji staff biasa dlm 22hb mcm tu. Kalau level manager ni gaji tak silap aku dlm 15hb…Lepas 22hb mmg Abg Yien akan collect hutang dari sapa2 yg dia bg hutang. Tp Abg Yien ni social dia bleh tahan. Cakap la kelab mlm mana dia tak penah masuk. Buleh tahan ‘ligat’ dia ni. Tapi entahla, dgn aku tak penah la dia buat kurang ajaq or buat perkara2 tak senonoh. Maybe dia anggap aku mcm adik dia kot. Bukan dia saja, abg2 Mc’D kat situ semua mcm tu, kot2 la nak buat bergesel2 ka dgn aku, terpegang or terpeluk aku ka. Never!!!Ckp yg lucah2 tu mmg selalu sgt…Abg Yien lagi la ckp lepas ja ngan aku. Kalau aku sama shift ngan dia, every 2 hours dia akan mai collect duit dlm drawer aku. Kalau duit aku bertabur dlm tu susun tak ikut note, slumber ja dia sound “oi, apa ni duit ko bersepah, bulu bu*** ko cukuq pun ntah bersepah mcm ni jugak pa”. Ermmm…aku, muka  #sentap* dah ni…Hahaha,,,kalau dia tgk muka aku sentap, mmg pastu ada la cara yg dia buat nak pujuk bg muka aku normal balik…Adegan pujuk memujuk bukan mcm ni yer “alah, comey, busuk2 sayang, meh kat abg ni”.Bukan mcm tu erk…Aku ni jenis kalau dah tersentap, tak reti nak cover2 okay, mmg org akan perasan sgt la muka aku jd ‘lain’. Tp tu lah, ayat2 mcm tu hari2 aku dgq kat Mc’D membuatkan aku semakin lali. Abg Yien ngan Abg K-Rel penah gempaq aku, Yati ni tak takut ka closing ngan kitorang, buatnya kitorang semua laki ni ter-rogol Yati mcm mana dlm store ni”. Aku cuak gak sebenarnya beb, bila depa ckp mcm tu…Tapi kalau org yg nak rogol ko, dia tak akan akan ckp dia nak rogol, dia terus rogol ja…Aku kalau time closing ada Abg Yien, handphone aku bwk turun, letak bawah meja kaunter…Kalau ada manager len, aku tak berani! Paling heaven keja time closing, customer tak ramai yg masuk, aku leh curi2 mkn fries, mkn ayam(time customer tak walk-in, aku lari pi kitchen, makan ayam yg dah expired(expired means lepas 40mnt ayam goreng, tak dak customer beli, ayam tu dikira expired, dan ‘waste’ sbb menjaga kualiti produk la katakan). Drpd buang dlm tong sampah, kami staff pakat2 mkn la. Aku payah sikit sbb jaga kaunter. Org kat kitchen selalu kenyang gilos…

Masa tu hati aku dah pun dimiliki. Auwww…percintaan jarak jauh okay…Hp aku yg aku letak bwah kaunter, atas drawer mesti akan bergegar bila msg masuk. Dan silentkan bunyi tp still dlm mode vibrate…Masa tu hp adalah nyawa bg aku…Tak dak customer walk-in ja cepat2 balas msg. Abg2 kat Mc’D sampai meluat tgk gelagat aku. Sampai satu tahap depa pakat ramai rampas hp aku, pastu sibuk nak baca msg aku. Aku nangis okay, malu arrr…Hakikatnya bukan ada ayat2 lucah pun, standard arr ayat org baru2 nak bercinta…Lepas store closed kul 1, kami balik ada van yg jemput. Mc’D aku upah Abg Jeff utk hantaq staff closing balik umah. Abg Jeff ni naik Perodua Rusa. So, lepas kunci Mc’D semua mmg kami akan berasak2 dlm Rusa tu lah. Semua naik Rusa melainkan Abg Khairi ja yg ada motor sendiri. Sbbnya aku sorang ja p’puan, so, seat aku di depan sebelah Abg Jeff. Owh, time balik ni aku akan bergayut dgn si dia idaman hati. Memandangkan dlm van Rusa tu masing2 dok bersembang, keadaan dah jadi mcm market, aku seboleh2nya akan ckp sehabis perlahan (nak romantik2 la katakan). Abg K-Rel selalu buat aku sakit hati tau, dia selalu dlm van tu ckp jerit2, pastu siap jerkah kat hp aku kata “kami nak rogol girlfriend hang ni ramai2". Sampai si dia ckp, keja la tmpt lain, kwn2 Mc’D awak tu no manners la. Sampaikan ada satu hari tu, Abg k-Rel tu penah tegur aku la. “Kami semua kecik ati la dgn Yati, sbb Yati time dlm van, sampai ke tmpat mkn, lepas mkn ja Yati terus bersambung gayut kat talipon sampai tak ingat dah layan or sembang2 ngan kami". Owh, terasa hati rupanya diorang dgn perangai aku tu. Lepas tu aku pun, bgtau la kat si dia, nnti kalau nk kol, kol la time org dah sampai umah yer…Sampai umah pun dah kul 3 pg, dan aku dah biasa bergayut sampai kul 5 pg. Bateri hp kong, ambik charger, cocok kat bontot hp, sembang tetap sembang sampai panas2 telinga ni tau. Dan pernah jugak terjadi time bergayut di talipon tu sampai aku tertidoq, letih sgt beb…Esoknya si dia buat wake-up kol, pastu aku leh terkejut, “Loh, kita tertidor yer masa sembang ngan awak semalam?”. Pastu si dia bleh ckap, sebelum tertidor tu aku dah merepek apa2 ntah, pastu dia paham2 sendiri la yg aku dah ngantuk sgt2.

Bila on da way Abg Jeff hantaq kitorang balik, kami mesti singgah mkn dulu…Dah belambak tmpat mkn yg aku pi dgn depa ni. Tp semua tmpat aku tak ingat jln pun, sbb dah la kul 1 pg mcm tu…Aku tak ingat, tak cam lansung!!! Pantang ada tmpat mkn baru, mesti Abg Jeff bwk pi mkn. Kami mkn ramai2 bukan Abg Jeff yg blanja. Kami ckp bahasa ‘tong-tong’ masa tu. Contohnya mcm ni, la…Kata la order mkn semua total RM50. So, RM50 tu bahagi la dgn brp org…Kalau mkn mlm tu 7 org, so sorang bayaq la dlm 7 ringgit. Tp…aku selalunya diberi pengecualian, muahahaha…sbb apa, sbb aku student…Student mana ada duit byk…kalau bayaq pun mesti aku kurang dr yg lain sbb bahagian aku, Abg Mirul yg akan tlg top-up kan…Selalu Sabtu mlm, lepak2 sambil mkn kat Uptown Damansara, Bangsar, Cheras, byk tmpt lagi la…Pastu sampai umah kul 3 pg. Ermmm…mak aku tak tau okay, aku sampai umah kul 3 pg. Kalau dia tau ni, mau dia ingat aku kerja GRO pa kan balik kul 3 pg. Aku pandai cover, kalau keja shift closing, aku akan bwk turun hp. Mak aku hari kol2 tau…So, aku buleh budget mak aku akan kol antara kul 8 -9 mlm…Muahaha…Bila mak aku kol, dia dengaq bunyi bising dia tanya aku kat mana. Pastu laju ja aku jwp, dah abis keja ni, nak balik hostel la, tgh tunggu bas kat Pasar Seni. Auta kuat noh…Kalau mak aku kol tak jwp, mak aku akan kol housemate aku yg len. Aku dah pesan kat housemate aku supaya bersengkol skali ngan aku…Nak burger/ayam Mc’D tak?Kalau nak, tlg kelentong kat mak aku kay. Sbb tu aku pulun bwk balik burger Mc’D yg tak abis sbb nak merasuah housemate aku tu.Hahaha…kejinya!
Kalau mak aku tak jawab, mak aku akan kol senior aku iaitu Kak Min la. Bila mak aku kol tanya Min ada dgn Yati ka, makcik kol hp dia tp tak jwp, pastu kak min tu kata la “Min, turun beli mkn kat bawah makcik, td masa Min turun, Yati dok dlm toilet, basuh baju, dia tak dengar kot bunyi h/p”. Hebat tak housemate aku berlakon. Credit to Kak Marena Hamzah. Hakikatnya aku berpoya-poya keja la di Mc’D.

Bila dah abis mkn, lepak2 Abg Jeff akan hantaq balik. So, memandangkan hostel aku luaq kampus dekat area Keramat (apartment yg kolej sewa utk student) aku bukan org yg terakhir yg Abg Jeff akan hantaq.  Abg Mirul lah org yg terakhir sekali sbb umah Abg Mirul di Selayang. So, bila sampai kat hostel aku dah kul 3 pagi, aku amatlah takut nak naik lift sorang2. Rumah aku tingkat paling atas-tingkat 13! Yg jadi mangsa temankan aku dlm lift tak Abg Mirul mesti Abg K-Rel…Aku takut kay, naik lift sorang2…Apartment tu pulak majoroti budak UTM Jln Semarak yg menyewa…Mmg kul 3 pagi pun ada yg dok bertenet2 kat tepi tangga. Ada yg jahat tgn, sebelum keluaq, buleh tekan butang semua 13 tingkat. So, bila aku masuk dlm lift, semua tingkat dah ditekan! Sementara nak sampai tingkat 13, maunya lift tu berenti satu demi satu tingkat. Nak sampai atas sekali mau 7-8 mnt jugak. Bayangkan kalau aku naik lift sorang, sekali lift tu berenti , bukak ja pintu lift, hantu yg sergah aku, mesti terkejut la kot. Paling tak pun aku demam terkejut, kalau takat mcm hantu Kak Limah tu aku tak la scary sgt. Kalau hantu yg kepala putus, mau pengsan aku. Dah la kakak senior housemate aku dok cerita apartment tu berhantu. Dari mula pembinaannya  2-3 org pekerja dah mati jatuh bangunan. Pastu ada student UTM yg bunuh diri sbb frust dgn boyfriend la. Takut aihh aku dgq…Ada 2 kemungkinan, kalau tak jumpa hantu pun, buatnya masa lift tu bukak ada laki gila sex mana2 ka tarik tangan aku pi rogol kat tangga ka, aku jerit kul 3 pagi pun org tak endah…Tak pasai2 ja rezeki dia…Abg K-Rel lagi la kerek, siap hantaq sampai depan pintu, sbb apa sbb dia sibuk nak tgk mana satu aku punya housemate yg paling cun, pastu soh rekemen kat dia…Siap ungkit tu, “penat ja kiter hantaq Yati hari2 time closing, Yati bukan nak rekemenkan kawan Yati yg cun kat kiter pun”…Hahaha, ayat tak bleh blah…Ayat boya!

Hakikatnya aku keja Mc’D tu hampir 2 thn dan aku sgt2 enjoy kerja kat sana. Lebih byk kenangan manis berbanding kenangan pahit. Masa aku bgtau mak aku yg aku nak kerja part time, mak aku siap perlekeh aku lagi ada la. Dia kata “eleh, pi la keja aku nak tgk, takat muka hang tu aku jamin, hang keja 2 hari ja mesti berenti. Hang tu lembik, mana bleh tahan keja berat2”. Ye lah dia ckp mcm tu sbb sebelum ni aku mana penah keja apa2 pun. Takat keja rumah, mak aku yg buat semua. Once aku buat keja rumah, tak kemas or tak memuaskan hati dia, mmg dia tak akan suruh aku buat punya. Dia tak trust kat aku, tak percaya dgn diri aku. Sbb tu aku tak reti masak langsung zaman sekolah, sbb bila aku masak, mak aku asyik la kondem masakan aku. Kalau takat kondem tu tak pa la jugak, ni tak mkn langsung apa yg aku masak siap buleh ckp “aku geli la nak mkn hang masak”. Okay, fine sejak dr hari tu, aku mmg tak ambik tau langsung pasai masak ni. Standard la org baru blajaq, bukannya terus leh jadi pandai. Terkurang yg nu, terkurang yg ni besalah tu. Tp cara mak aku mmg kondem terus dan tak appreciate langsung usaha aku yg baru nak blajaq masak.

Once aku dah keja(w/pun part time) tp aku dah earn duit sendiri. Bila dah ada duit, gaya pun mau ditukarkan la kan…So, memula dtg KL tu of coz la aku pakai yg sopan2 gitu sbbnya baju aku dulu nak beli mesti dpt approval dan duit dr mak aku kan. Bila aku dah ada duit sendiri, mula aku ada niat nak bergaya lain mcm sikit. Lain mcm mana tu erk…

` To be continue with part 3...