Hari ni nak cerita pasai puting. Ermmmm...sejak Haifa lahir dia sgtlah suka merengek...Dia tak mcm Hariz. So, my mom pun suggest la sumbatkan puting time dia melalak...Dan sehingga ke hari ni Haifa dah umoq 1 tahun 4 bulan pun dia masih lagi menghisap puting. Dulu persepsi aku, kalau bagi anak hisap puting, konpom gigi akan jadi jongang. Tu masa lahirkan Hariz. Hariz senang sgt nak bagi tidoq, tak merengek2...Letak atas dada, tepuk2 bontot dia buleh tidoq sampai 2 jam. Haifa ni tak tau la nak cakap...Segala-galanya adalah susah nak handle budak sorang ni. Masa baru lahir, aku rasa semua baby kot tak biasa dgn keadaan sekeliling. Time siang dia tidoq, time mlm berjaga!!! Bila dah berjaga tu, bukan mau duduk di bawah...Dia sgt2 lah suka duduk di atas riba org...Dah tu suka merengek2...
Memandangkan aku berpantang di rumah mak aku, so aku ikutkan jugak la gesaan mak aku soh beli puting...So, mak aku kata, kalau baby bunyi jer, sumbat ja puting...So, dari tak beli puting dan mengelakkan mak aku, bising2 takat puting yg harga tak sampai seploh ringgit pun tak kan tak dak duit nak beli, so aku akur beli lah jugak...Apaknya lak anak no.2 ni melalak tgh mlm, bukan reti nak bangun sendiri tengok kan anak. Masa anak 1st dulu kemain lagi excited. Pantang anak bunyi ek..ek..ek..ja terus lompat bangun. Anak no.2 ni kalau tak kuis soh bangun, tak bangun...Lagi kuat anak merengek, lagi kuat dia punya berdengkur tu...Buleh siap lumba2 bunyi anak merengek dgn apaknya berdengkur!.
Masa Haifa lahir tu kiranya duit ada lebih sikit la(sbb aku kerja). So, beli la puting Avent sbb dah botol susunya pun brand Avent. Dah sah2 la mahal sbb brand nya kan. So, pakai la puting tu dr sejak lahir sampai 6 bulan. 2 puting harga RM32.90. Lepas 6 bulan pakai, Haifa pun makin besaq, so beli la pulak puting yg besaq sikit. Memandangkan dia dah biasa time tidoq sumbat puting, mmg tak buleh nak buat apa dah la. Kalau tak bg puting time dia nak tidoq, dia punya gelisah tu mcm org yg tak kena candu...So, aku pun malas dan letih nak tren dia w/out puting, akhirnya aku mengalah jugak(malas kan aku ni).Papa, kalau Haifa jongang besaq nanti, sila pasang bracelet kat gigi dia yer...
Kali ke-2 beli puting masa dia 6 bulan mcm tu dan dia guna/isap sampai sekarang ni waktu nak tidoq ja. Beberapa hari lepas tu En.Suami ada bersuara beli lah puting lain kat adik. Puting tu dah nampak mcm berkarat(berdaki) kat dlm puting tu. So, hari Isnin tu balik keja, aku ajak la apaknya singgah Star Parade(Butik Anakku) utk cari puting yg baru...So, belek punya belek, last2 beli la satu yg Disney punya. 2 ketul puting RM 10.90. Balik umah mlm tu baru bukak pek...Sekali tgk putingnya tak sama dgn brand Avent. Mmg dia tak hisap pun puting yg baru beli tu, nak tidoq tu bagi jugak puting yg lama (berdaki) tu kat dia. Semlm lunch hour, lepas En. Suami ambik Hariz di tadika, aku soh En. Suami ambik aku pi lunch pastu singgah kedai baby yg aku selalu pi sbb nak kena gak cari puting lain kat Haifa. Aku tak tau la pasai apa brand Avent la ni dah tak dak jual di Butik Anakku. Yg ada kat Butik Anakku brand baru, NUBY.
So, semalam masuk kedai baby APPLE BABY HOUSE beli puting Avent dan jugak legging selai utk Haifa.
Ada byk brand kat situ, BUMBLEE BEE, NUK, TOMMY TIPPE, DR. BROWN, SAFETY PLUS, MAM, BASILIC tp aku tak mau try yg len kang nnti puting tak sama dgn Avent punya Haifa tak mau isap pulak. Buat habis duit ja...Terbang duit aku RM 10.90 beli puting DISNEY yg dia tak mau hisap tu. Tak kan nak pass kat Hariz pulak...Jadi makanya ke tong sampah la jawabnya...Kat kedai tu pun tak dak stock utk 12-18 bulan punya puting. So, dari tak dak, aku ambik jugak la yg 3-6 bulan punya...
Best buy still RM 32.90. Satu pakai sekarang, satu lagi simpan, 2-3 bulan baru guna yg satu lagi...Smlm tidoq tutup lampu semua, pastu aku ternampak cahaya dr tangkai puting Haifa dlm gelap bilik.Hehehe...