Isnin, 6 Ogos 2012

Bandung & Jakarta Day 1 (15-Julai-2012)

Flight berlepas jam 7.00 pg dr LCCT. Mmg dah set dlm kepala bila flight berlepas ja mmg nak tidoq ja sbb semalaman lepak kat LCCT tak buleh tidoq langsung. Last-last dah hampir sejam perjalanan baru la boleh lelapkan mata. Hariz la nak mkn, nak minum semua ada...Nasib baik ada beli bun dan air kotak siap-siap. Paham2 la MILO sekotak atas AA RM5!. Tu pun terbeli jugak slice of Pizza Mushroom berharga RM9 utk dia. Dah dia tgk org lain beli, dia pun nak jugak...Pizza dgn mushroom semata-mata pun RM9! Tak berbaloi rasanya...

Lepas mkn pizza sekeping terus tertidoq

Mama ja yg berjimat, mkn bun yg dah beli siap-siap sebelum naik kapal terbang

Alhamdulilah, kami selamat mendarat di Bandara Sastranegara Husein Airport lebih kurang jam 9.00 pagi(waktu tempatan). Waktu di Bandung lewat sejam dari Malaysia. Agak tension jugak sbb kami perlu beratur dlm 40mnt untuk melepasi kaunter Imigresen di sana. Tapi agak beruntung maybe flight kami yg paling awal mendarat, jadi tiada penerbangan lain sewaktu kami mendarat. Cuaca di Bandung amat dingin yang amat! Waktu melangkah kaki turun dr flight, pergh....berdiri bulu roma ditiup angin yg sesepoi-sepoi bahasa tu (walaupun cahaya matahari bersinar).

Pelancong ^_^
Gambar wajib pose tepi kapal terbang

Lagi 1 gambar wajib ambil menunjukkan dah jejak kaki di bumi Bandung

Bila dah lepas Imegresen, sampai ja kat pintu Airport, Pak Supir dah sedia menunggu. 5 bulan sebelum ke Bandung aku dah arrange transport dgn Setiawantransport. Pak Supir yg menunggu kami bernama Pak Ngkus. Tp sepanjang di sana Hariz telah memanggilnya dgn nama 'Pak Bungkus'.

Upah utk sewa kereta lebih kurang RM120/day(13jam). Sewa adalah termasuk driver, petrol, dan parking. Jenis kereta adalah APV 7 seater. So, kami telah diberikan Suzuki APV 7 seater yg amat selesa. Destinasi pertama adalah, Jakarta. Jarak perjalanan dr Bandung ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Hajat di hati nak ke Jakarta adalah semata2 nak memenuhi impian aku utk 'rembat' handbag COACH sebijik. Hasil google di internet, aku terjumpa senarai Butik COACH di Indonesia terdapat di Jakarta dan Bali sahaja. Aku terbekenan dgn handbag Coach ni sejak pertama kali aku terbaca entri dlm blog http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/. Pastu survey punya survey rupanya beg brand ni mahal rupanya. Maklumlah, handbag aku sebelum-sebelum ni cuma cap CARLO RINO. Harga pun tak pernah mencecah ribu-riban...Kalau beli on9 mmg la murah sikit dr butiknya. Tp permintaan aku utk beli secara on9 tak pernah dipersetujui oleh En. Suami. Dia kata kalau tak ori mcm mana, beli on9 bukan buleh pegang pun. Last2 pakai la yg tak ori. Tu yg cuak aku dengar. Lagi pun saja la nak compare kot-kot la kat sana murah sikit dr di Malaysia ni kan.


On da way to Jakarta City
Melintasi Stadium Gelora Bung Karno




Sedih tgk kereta 'kami' kat Indonesia buat teksi ja...






Kena bg 'something' baru boleh duduk diam dlm kereta

Muka merajuk sbb Samsung Tab dah kehabisan bateri

Agak kagum dgn hentian bas di sana sbb tak sama dgn di Malaysia

Pasu-pasu dan fountain yg sgt-sgt cantik. Kalau AA tak cajkan utk luggage, aku beli dah ni...



Tanpa berlengah aku suruh Pak Ngkus bawak kami ke Senayan Plaza(hasil carian menunjukkan di sinilah terdapatnya outlet COACH). Setibanya di sana, aku terus ternampak Butik LV. Wah, berani ambik gambar dr luar je lah...Masuk pun tak berani. Dah la pakai mcm tu, sure org tak kan layan punya...So, bergambar sudah!!! Lepas pusing 2-3 kali dlm Senayan Plaza tu aku tak jumpa-jumpa pun Butik COACH. Last-last aku pi tanya kat customer service counter depan pintu masuk plaza tu. Cewek Indon tu bilang kat aku " tokonya udah ditutup 3 bulan yg lepas". DAMN!!!


@ Senayan Plaza - Ada org volunteer nak tlg ambikkan gambaq kami bertiga. Muka tourist kot ^_^

Ambik gambaq ja. Tak perlu bayar apa-apa...


Lepas tau ja Butik COACH dah 3 bulan tutup, perut aku dan-dan rasa lapaq (Dah pukul 2 ptg pun)...Pastu terus ajak En. Suami keluaq dr Senayan Plaza tu. Nak round-round apa lg kat dlm plaza tu sbb apa yg aku cari dah tak dak. Jadi masuk dlm kereta aku suruh Pak Supir  bawak kami ke Hard Rock Cafe. Tujuan utama ke sini semata-mata nak beli T-Shirt Hard Rock. Kami dah plan, lepas ni kalau pegi holiday luar dari Malaysia (chewah) mmg nak beli T-Shirt Hard Rock utk koleksi.

@ Hard Rock Cafe JAKARTA



Muka tak berapa nak senyum sbb letih+lapaq=kecewa

@ Hard Rock Cafe Jakarta

Papa punya

Mama punya
Hariz punya
Tapau Donuts utk Pak Ngkus sbb ajak dia joint kami Lunch kat Hard Rock dia tak mau ikut

Lepas mkn kat Hard Rock, aku bagitau Pak Supir supaya bawak kami pulang ke Bandung sajalah. So, 1st Factory Outlet (FO) yg kami terjah adalah Bali Heaven...Wah, mmg heaven sungguh jejakkan kaki ke situ. Dgn decorationnya yg cantik. Mmg aku suka!!! Jam baru 6 ptg tp hari dah gelap kat Bandung ni. Memandangkan kami rasa penat sgt, so aku mintak Pak Supir hantaq kami balik ke hotel sajalah...Esoknya saja sambung bershopping lagi...



Hariz & Papa di depan FO Bali Heaven








Hasil shopping di Bali Heaven

@ Kenangan Hotel (Deluxe Room=RM 80/nite)