Korang ada BFF? Mesti ada la kan sepanjang hidup tak kan la tak pernah ada sorang pun kan. Ermmm...aku masa sekolah mmg ada la jugak BFF...Tapi BFF aku ni cuma sorang ja dlm satu masa (ayat, mcm aku ni LES) pulak kan...Ni aku nak cerita BFF dari aku zaman sekolah. Zaman tadika dan zaman sekolah rendah aku tak dak la kawan baik..Kawan rapat, tp takat rapat kat sekolah ja la...Bagi aku kalau dah BF ni mesti korang share semua aktiviti waktu sekolah, pastu berlarutan sampai luaq waktu sekolah la kan...
Masa aku form 1 (Sek.Men. Sultanah Bahiyah) aku dok kat hostel sebulan ja kot...Sebelas hari persekolahan di tingkatan 1, abah aku telah meninggal dunia...So, lepas abah aku meninggal, aku rasa aku tak buleh dok dah kat hostel...Aku asyik teringat kat mak aku sorang2 kat umah...Pastu mcm2 alasan aku bg kat cikgu HEP supaya keluarkan aku hostel...Cikgu kata kalau aku keluar hostel so secara automatik, aku dah tak tak layak nak dapat biasiswa Persekutuan. Kalau dok hostel ja bleh dpt biasiswa yg setahun RM 360 kot kalau tak silap aku. Peduli apa aku, kalau tak dpt pun tak pajanji aku buleh dok rumah (ckp dlm hati ja pun, ckp depan2 mau kena sepak ngan cikgu HEP). Aku nak cerita pasai BFF. Cerita masa aku kat hostel nnti aku buat entri lain lah...
Masa aku form 1(aku dlm kelas no.3) cikgu letak aku berdasarkan result UPSR. Masa aku form 1 aku agak poyor dan belagak sikit yer...Ye lah, sbbnya aku dr sekolah rendah yg agak kampung. So, masa di sekolah rendah, aku la pelajar pompuan yg paling femes di kalangan semua student dan cikgu2. Hahaha...mcm mana femes erkkk...Masa aku darjah 6, aku telah bertukar sekolah ke Sek. Keb. Seberang Perak Baru dari Sek. Keb. Wan Sulaiman Sidiq (SKWSS)...Aku transfer pi sekolah baru tu selepas seminggu persekolahan di bukak. Aku pengawas semasa di SKWSS. So, bila pi sekolah baru aku pakai ja la baju pengawas yg di sekolah lama...Mak aku tak sempat nak beli baju sekolah yg biasa. So, memandangkan aku pi sekolah yg agak kampung, budak2 sekolah baru tu gak kerek seh...Depa ni tak suka la dgn pakaian aku coz masa kat SKWSS pengawas p'puan rilek ja pakai skirt...So, bila pi sekolah baru, semua student bertudung litup...Prefect pun pakai baju kurung kaler yg sama mcm student yg bukan prefect. Tak dak perbezaan pun...Cuma pengawas ada pakai name tag pengawas ja la...So, secara tak langsung aku jadi femes, sbb apa, sbb dlm sekolah tu aku satu2nya student yg pakai skirt...Dah la aku darjah 6. Budak p'puan darjah 1 pun pakai baju kurung+tudung pi sekolah...So, mmg aku dikenali di kalangan semua pelajar, especially student laki :) (ayat gatai).
1st day kat sekolah baru aku kena panggil dgn Guru Besar. Kecut perut gak. Rupanya GB panggil aku sbbnya dia nak lantik aku jadi pengawas...Hahaha lagi berbulu lah student pompuan yg dah lama sekolah kat situ...Aku baru 1st day, GB dah lantik jadi pengawas. Rupanya Gb aku kenal sgt dgn Penolong Kanan SKWSS. So, dia kol Penolong Kanan SKWSS nama Sharifah Meriam. Cikgu Sharifah ni mmg garang masa aku kat SKWSS. Tapi aku pun tak tau cam mana aku bleh rapat dgn dia. So, cikgu Sharifah tu bg a good comment kot pasai aku kat GB sekolah baru, tu yg aku terus dilantik jadi pengawas kat sekolah baru...
Since aku darjah 6, kat sekolah baru, aku tak dak kawan, BFF jauh sekali la...Yg nak kawan ngan aku pun budak laki ja...Sebab depa syok kat aku kot...Kehkehkeh...ayat perasan...Budak p'puan yg semua tudung2 litup tak mau kawan ngan aku okay...Fine...No hal...Depa semua pandang negatif kat aku okay...Masa mula2 masuk sekolah, pi dan balik sekolah aku dihantaq dan diambil oleh abg aku dgn naik motor...So budak2 pompuan ni ingat aku pi sekolah naik motor dgn BOYFRIEND...Ermmm...aku asik kena kutuk ja, walhal tu abg aku (abg sebapa, lain ibu). Akhirnya aku mintak kat mak aku nak pi sekolah naik basikal, so, mak aku pun belilah mountain bike brand SINGER masa tu kaler hijau...So, jadi isu lagi sbb aku ja la budak p'puan yg pertama pi sekolah naik basikal tonggek...Okay masa aku dulu basikal tu budak sekolah aku panggil basikal tonggek...Gila punya otak kampung la...Aku mmg kena kutuk jugak...Disebabkan kat sekolah budak p'puan tak mau kawan dgn aku, aku dah tak kisah pun...Budak laki ja yg nak kawan dgn aku pun. Sampaikan ustazah kat sekolah baru pun diskriminasi kat aku, sbbnya aku pakai skirt...Gila dowh...Bila cikgu praktikal masuk, aku rapat jugak dgn cikgu praktikal...Last day cikgu praktikal kat sekolah, student len pulun bagi hadiah, tapi aku cikgu praktikal pulak yg bagi hadiah kat aku (cikgu laki beb)...Hahaha..cikgu praktikal tu nama Sharizat kot. Actually masa aku darjah 4 di SKWSS, cikgu ni pernah jadi cikgu sandaran selama 2 bulan coz cikgu kelas aku masa tu pegi HAJI. Lepas 2 bulan, cuti sekolah start. Bila start penggal baru aku dah tak nampak pun muka cikgu Sharizat tu. Tanya punya tanya kat cikgu lain, Cikgu lain kata cikgu Sharizat tu cikgu sandaran, means dia baru abis STPM. Tgh tunggu result. So, aku terjumpa cikgu Sharizat tu di sekolah baru dan masa tu dia sebagai cikgu praktikal...Huhuhu...kecik sungguh dunia ni kan...Hahaha, tak kan dia syok kat aku pulak kan...Baru darjah 6, tetek pun baru nak tumbuh...Kalau dia suka aku, kat mana la yg dia suka kan...So, kat sekolah baru aku kena gossip, dan lagilah budak2 pompuan menyampah+meluat nak kawan dgn aku...
Masa form 1 sbb dah dr sekolah rendah aku tak dak kawan baik p'puan, so aku tak reti nak berkawan ngan kawan perempuan sampai terbawak2 ke sekolah menengah. Masa form 1 aku perasan diva okay, sbb cikgu nak lantik ketua kelas...Ermmmm...aku buleh lak angkat tgn utk cadangkan diri aku...Ye lah, masa tu aku mana kenal sapa pun. Sbbnya dr Sek. Seberang Perak aku sorang ja yg tercampak ke Sultanah Bahiyah...So, masa aku form 1 aku seorang ketua tingkatan yg garang...Aku straight okay...Budak2 kelas aku mmg tak suka kat aku. Sapa bising aku soh berdiri atas kerusi! Ha, garang tak aku? Garang siot...So, disebbkan perangai aku tu, aku jgn harap la org nak kawan baik dgn aku kan...Dan org pun tak mau ajak aku jadi geng depa. Dlm pertengahan tahun mcm tu, ada sorang pelajar baru masuk...So, budak ni baru balik dr Amerika. Nama dia Azmin Fadhlina. Dia 2 thn kat oversea sbb bapak dia sambung PHD. Dia pi sana darjah 5 kot. Masa tu dia Sek. Rendah Sultanah Asma. Maknanya dia tak ambik UPSR la sbb kat oversea. Balik sini dia tak dak result UPSR, bapak dia nak masukkan dia ke Sek. Men. Sultanah Asma mmg tak dpt la. So, dia masuk la sekolah aku...So, dia ni agak pemalu la...Aku pun tak ingat la apa yg membuatkan aku dan dia bleh jadi rapat, dia sorang ja la kawan rapat aku masa aku form 1.
Selepas peperiksaan akhir tahun, aku dpt no.4 kot dlm kelas...Azmin dpt no.1 kalau tak salah aku...Dalam keseluruhan tingkatan aku berada dlm no. 30+ mcm tu la kot. So, bila naik ke tingkatan 2, kami duduk dlm kelas yg sama (kelas no.1). Dlm bilik darjah masa tu meja 2 kembaq 1. So, aku mmg bercouple la dgn Min ni. Dia ni pendiam sebenaqnya.Tapi seriusly dia ada ciri2 sahabat yg baik. Aku dulu dan sampai sekarang pun kuat sentap. Aku kalau sentap huhuhu...Malas nak cerita. Aku penah la berkelai dgn Min ni, seminggu aku tak bercakap dgn dia, walhal dia dok sebelah aku ja. Aku siap tarik meja bagi renggang okay sbb merajuk punya pasal. Pastu balik sekolah, ada org dok buat mis kol kat talipon umah. Bila mak aku yg jawap phone tu, dia letak. Bila aku yg jawap kol tu, dia siap letak gagang talipon bagi dengaq lagu ONE SWEET DAY (Mariah Carey & Boyz II Men).Kelakar2...Azmin ni siap bagi card aku okay, say SORRY...Aku biasa la, keras hati sikit...Buat bodoh ja...Pastu dia ada cerita kat classmate aku yg len. Last2 classmate aku yg len mai tanya aku "Ada tak org kol hang, pastu org tu tak ckp, tp bagi dengaq lagu ONE SWEET DAY"?...Hahaha...aku nak tergelak pun ada masa tu...Pastu classmate aku cakap tu Min la yg punya kerja, dan2 aku rasa terharu...Dia leh ckap sehari tak ckp ngan aku, dia tak buleh duduk...Hahaha..tgk, bermakna tak aku dlm hidup dia..Aku kwn baik dgn Azmin sampai hujung form 2 ja...Peperiksaan akhir thn masa form 2 aku sgt2 la teruk...Dari kelas no.1 aku turun kelas ke kelas no.3. Azmin maintain kelas no.1 lagi...Masa form 2 lagi byk budak kelas aku yg bergroup2 ni...Kiranya sapa budak pandai satu group...Sapa anak org kaya satu group la...Tapi ntah la, Min ni aku tgk dia ada la 2 ciri tu, tp mana2 group pun dia tak masuk...Dia suka bercouple dgn aku lagi...Bapak dia masa tu Lecturer UUM, mak dia keja Bank Pertanian. Tapi bapak dia garang sgt2 siot...Sampai nak pi tuisyen pun, pak dia pi ambik pi hantaq...Lepas tuisyen, balik umah terus...Tak blehnya nak keluaq2 dgn kawan...Tapi kawan dgn dia pun, dia tak kedekut...Maknanya kat sini, bukan aku suka paw duit dia...Tapi dah parent dia bekerja, so parent dia bg duit belanja by week. So, mcm aku ni, mak aku bg duit belanja sehari 2 ringgit ja. So, kalau aku nak beli apa, aku kena mintak duit kat dia la sbb aku tak dak extra duit...Mcm Min, dia ada la duit extra sbb mak bapak dia yg bg. So, dia amatlah tidak berkira dgn aku...So, dia pun paham kot keadaan aku masa tu mcm mana...Mak aku income setiap bulan dgn duit pencen arwah abah aku, pastu mak aku tampung2 dgn ambik mengasuh anak orang...So, masa zaman sekolah aku ni kategori org susah la...Nak beli apa, kena mintak dgn mak..Kalau mak aku ada duit lebih, dia beli la...Kalau dia tak dak duit, dia tak beli pastu kena deal dulu peperiksaan hujung thn aku bagus, baru aku akan dpt hadiah tu...Aku penah dpt hadiah pun form 1 sampai form 3 ja. Tu pun hadiah terbaik mata pelajaran ja...Aku penah mintak jam tgn BUM kat mak aku, aku mintak awal tahun, akhir tahun baru aku dpt, itu pun sbb aku dpt hadiah masa peperiksaan akhir tahun, kalau tak silap aku mata pelajaran terbaik sejarah...Harga jam BUM tu masa tu RM 120. Huhuhu...dah kira mahal sgt la kan masa tu bagi aku. Anak2 org kaya kelas aku jgn kata la, pakai jam BABY-G masa tu, harga jam RM 300.++ masa tu (thn 1996). Tapi Azmin ni kategori org senang la, tp dia ni jenis ygbiasa2 ja, pakai beg sekolah, jam or apa2 ja lah yg biasa2 ja, yg tak branded pun. Sbb tu la kot dia pun tak masuk geng anak2 org kaya.
Masa aku form 3, aku kelas no.3, aku berkawan baik pulak dgn Shuhaida. Shuhaida ni masa form 2 sama kelas dgn aku, tp dia kawan baik dgn Shafinaz. Jadi kami berdua result exam akhir thn tak elok, so, 2-2 tercampak ke kelas no.3. Bila dah masuk kelas no.3 mmg automatik aku couple dgn dia la pulak kan...Mmg cerita mcm2 la...Masa aku form 2 sebenarnya aku dah start gatai...Huhuhu...awal sungguh gatai. Azmin mmg baik la sbb dia takut kena marah dgn bapak dia...Mak aku pun marah jugak kalau tau aku menggatai dgn jantan ni, tp pandai2 la...Azmin masa form 2 mana bleh sembang pasai budak laki ngan dia...Dia mmg baik dan tak gatai mcm aku ni...Dgn Shuhaida ni, w/pun pendiam, tp dia ada la keinginan kalau bercakap pasai laki ni...Memandangkan kelas Azmin di tingkat atas, dan aku di bawah, aku mmg jarang dah berjumpa dgn Min, waktu rehat pun aku lebih dgn Shuhaida, lama kelamaan aku dgn Azmin makin hari makin renggang.
Dgn Shuhaida mcm2 yg aku dgn dia share...Walaupun aku bersekolah di sekolah yg semua perempuan, tp aku ada la kenai 2-3 org budak laki...Budak2 laki tu semua schoolmate aku di Sek. Ren. Seberang Perak Baru. Majoriti budak sek. rendah situ akan sambung form 1 di Sek. Men. Seberang Perak...So, aku pun kenalkan sorang budak laki ni nama Hisham dgn Shuhaida...So, masa tu nak jumpa2 kat luaq mana la berani kan...So, Shuhaida lepas balik sekolah Hisham mesti akan bergayut dgn dia. Mak bapak Shuhaida ni kerja. Huhuhu...lepas balik sekolah kalut ja nak sampai umah, sbb dok tunggu Hisham talipon. Lepas PMR, Azmin sambung form 4 di Sek. Men. Sultanah Asma sbb bapak dia nak sgt dia masuk sekolah tu...Bila Azmin pi Sek. Asma, mmg aku lost kontek la dgn dia...Dia asyik bz memanjang, Bz sebagai prefect la, kelas tambahan la, persatuan la...
Lepas tu naik form 4 aku sama kelas dgn Shuhaida...Pastu dlm pertengahan tahun mcm tu aku rapat pulak dgn Siti Fatimah...Masa form 4 tu Shuhaida mula rapat dgn Nurul Amizana. Siti Fatimah ni pulak form 1-3 dia aliran Bahasa Arab. So, PMR dia utk Bahasa Arab tak bagus, so dia tak bleh continue dgn aliran Bahasa Arab. Dia sekelas dgn aku, aliran Sains Sosial. Aku dgn Siti Fatimah ni lah paling rapat...Rapat serapat, rapatnya!!! Kami tuisyen skali, keluaq town/City Plaza(jumpa pen-pal aku) skali. Kalau nak pi mana dgn dia ni mesti mak dia yg akan hantaq dan ambik kami. Mak dia tak kerja, mmg tugasnya menghantar ke mana saja anak2 dia nak pi. Fatimah ni anak sulung dan dia ada 2 org adik lelaki lagi. Berkawan dgn dia adalah sgt seronok...Sbb kami 1 kepala...Biasa la kalau jadi BFF ni mesti yg kepala sama, kalau tidak tak la bleh jadi BFF. Masa tu mana ada lagi istilah BFF or kawan cium molot ni kan...Aku rasa perkataan BFF ni tercetus lepas program realiti yg dicetuskan oleh Paris Hilton tu kan...Semenjak tu lah org baru guna perkataan BFF ni.
Fatimah ni pun kategori org senang la jugak...Pi sekolah mak hantaq naik keta besaq..tukaq2 kereta, Nissan Serena la, Honda la...Aku ja yg naik basikal pi sekolah...Dlm pada tu, aku kawan jugak dgn classmate aku yg lain...Tp dgn Fatimah aku share everything!!! Everything, tak dak satu pun tertinggal...Adalah biasa, dia mai umah aku, aku pi umah dia...Kalau hari sekolah, kami bersembang di sekolah, pastu bleh bersambung plak lepas waktu sekolah bergayut dgn dia di talipon. Perkara biasa jugak dia akan talipon aku sehari lebih dari 5 kali...Nak tanya pasai homework, bergossip, semua tu ckp kat talipon...Tak dak nak simpan cerita kat sekolah esoknya. Excited nak cerita hari yg sama w/pun dlm talipon..Mak aku berapa kali marah sbb kami bergayut di talipon, sampaikan dia soh letak phone kami tak letak2 pun. Last2 mak aku geram. dia cabut gagang talipon!!! Tu yg Fatimah talipon, bil dia yg melambung, bukan aku talipon dia pun...Kami berkongsi cerita pasai Boyfriend...Sama2 menggedik...Dia sgt2 minat dgn David Beckham dan Tom Cruise...Dia sanggup habiskan duit beli sebarang majalah yg ada gambar 2 lelaki tu...Huhuhu...aku tak minat David Beckham & Tom Cruise. Pastu dia suka sgt dgn BSB, Spice Girls, N'SYNC, Britney Spears...Huhuhu...Buleh dikatakan semua kaset boy band dia akan beli...Aku nak beli tak dak duit, dan selalunya ku akan pinjam dia punya ja...Port popular kami kalau keluaq, City Plaza (Food Court & Popular) & City Point ja la...Kat Alor Setar ni mana ada tmpat len lagi nak lepak...Budak classmate aku yg mana ada boyfriend bermotor tu lepas la jauh sikit sampai ke SP peginya...Aku ngan Fatimah ni yg takut2 nak jumpa budak laki, takat jumpa minum2 kat City Plaza tu je la...Takut okay, takut terserempak dgn mak aku, tak pun mak Fatimah...Tak pasai2 kena ligan dgn penyapu kat City Plaza tu!!!.
Lepas abis SPM, sementara nak tunggu result SPM keluar, aku dpt offer utk sambung Dip kat IPTS di KL. Masa aku dgq KL tu aku mcm seronok sgt la. Yelah, aku nak sgt duduk luar selain dr Alor Setar ni. Lepas PMR, aku ada apply nak masuk sekolah Teknik. Kononnya nak dok jauh la dr mak aku (sbb dah gatai) mula lah ada perasaan nak duduk jauh dr family sbb nak menggatai dgn jantan, mak tak nampak kan...
So, aku apply teknik lain, sekali dpt, Teknik Langkawi. OMG...Memang konpom la mak aku tak bg pi. Dia kata "pak hang tinggai duit byk ka, weekend nak ulang alik sini, dgn tiket feri lagi", okay, tak bg sudah la. Dok la sekolah yg perempuan semua tu sampai abis SPM...
Aku pi KL rasanya bulan Jan thn 2000. Masa tu result SPM tak keluaq lagi. So, masuk kolej kat KL tu pun bukan betul2 balajaq pun. Cuma blajaq English Grammar (Basic), IT yg simple2 la...Internet waktu tu kira baru lagi la...Masa aku pi KL tu aku mintak mak aku belikan hp.Hehehe...Hp pertama aku besaq gedabak, dah tu berat plak. Org masa tu kata enset baling kepala anjing, anjing bleh terus mati!. Huhuhu...masa aku kat KL tu Fatimah duduk di rumah tak buat apa sambil menunggu result SPM. Aku makin seronok dok KL. Macam2 tmpat yg aku pi. Paling best lepak kat KLCC :). Masa tu Fatimah hari2 akan kol aku. At least sehari sekali. Sekali talipon mau la dlm 40 mnt ke sejam...Byk betui story/ report yg dia sampaikan kat aku. Pernah sekali tu, bil talipon umah dia dekat2 2K. Mak dia geram saja tak bayaq bil, sampai talipon kena potong...Huhuhu,kesian dia...Tapi ada masanya dia akan talipon aku gak guna public phone.
Lepas SPM, aku cuma kontek dgn Fatimah ja. Sampailah tarikh SPM diumumkan. Aku kat KL masa tu, dan aku saja tak mau balik ambik result SPM aku. Aku mmg dah buleh agak result SPM aku mcm mana, sbb masa aku form 5 aku mmg frust sgt2 ngan sorang mamat ni. So, aku dah bleh aku yg result aku tak cemerlang. So, aku suruh mak aku saja yg pi ambik result aku. Seperti yg dijangka, result aku takat bleh makan la means pangkat 1, tp aggregat 23. So, kalau agregat 24, automatik aku jadi pangkat 2...Tp subjek yg penting aku tak score. B.I. & Math takat lepas ja.So, aku mmg frust sgt masa tu. Aku paling malu dgn cikgu B.I. Pn. Ruzila Amir Hamzah. Bg aku dia cikgu B.I. yg paling best dan sporting. Aku tak expect la B.I. aku buleh dpt 1, tp at least 3-4 tu dlm tgn. Tp disbbkan dia mengajar B.I. aku jadi minat dgn subjek B.I. tu. Setiap tahun utk subjek B.I. mmg semua student akan buat Grammar Test dulu utk tentukan kelas...So, setiap tahun dr form 1 sampai form 5, aku akan dpt kelas yg sama iaitu kelas no. 2 which mean dia la cikgu yg akan mengajar...So, 5 thn dia mengajar aku, dia dah kenal aku, dan dia pun tahu takat mana pencapaian aku. Dan dia pun tak expect aku akan dpt lebih. Setiap thn Grammar Test untuk tentukan kelas adalah soalan yg sama ja. Tp bila result SPM keluar, aku mmg upset sungguh2 la...W/pun mak aku yg pi ambik result, sampai kesudah aku tak jejak kaki langsung ke sekolah tu sbb aku malu nak jumpa dgn cikgu yg begitu baik dan mengambil berat pasai aku. Aku pun tak berminat nak ambik tahu classmate/schoolmate aku yg len ke mana arah tuju depa lepas result SPM...Dgn Fatimah pun sbb dia yg hari2 kontek aku...
Lepas result SPM, Fatimah isi borang UPU...Aku pun ada jugak isi borang UPU, tp dah sah2 aku tak buleh nak apply course yg aku minat iaitu Mass Com. Dulu aku dan Fatimah mmg nak dan tringin sgt2 sambung pelajaran di Uitm Shah Alam. Tak tau la, tp aku dah nekad, kalau tak dpt Uitm Shah Alam, aku nekad nak stay kat IPTS tu ja. Syarat wajib Mass Com mesti kredit B.I. & Maths...So, aku bila peluang pun dah tak nampak kat situ, aku decide continue je la aku kat IPTS tu. 1st intake UPU, fatimah gagal. Lepas tu dia tak putus asa dan dia apply lagi dgn rayuan ukt 2nd intake. Akhirnya dia berjaya masuk ke Uitm Shah Alam, ukt 2nd intake kalau tak silap aku bulan Sept or Nov 2000. Tp dia dpt course Office Management. Dia punya result pun lebih kurang aku ja, tp sbb dia dpt B.I. kredit in SPM. Alhamdulilah, rezeki dia ada di Uitm Shah Alam...
Biasalah, bila dia dah masuk belajar, dia pun dah jumpa kawan yg lain, masa utk aku dan dia mmg terbatas la. W/pun Shah Alam & KL tu tak jauh mana pun, tapi dia dgn rutin harian, aku dgn rutin harian aku, waktu untuk kami berkongsi cerita mmg agak kurang. So, dia pun makin rapat dgn roomate dia di Uitm...
~ To be continue with part 2...