Jumaat, 25 November 2011

Tanjung Bungah Beach Resort

 Tanjung Bungah Beach Resort - Day 1

Kami sampai di Tanjung Bungah Beach Resort around jam 3.45 petang. Selepas dari Restoran Aur Gading, naik feri & ke Queensbay Mall dulu. Window shopping and round-round keliling Queensbay Mall dekat sejam dua. Since di Penang pun turut cuti, waktu nak balik tu ada masalah sikit la sebab kereta dekat parking penuh. Masalahnya kat Queensbay Mall ni, jalan masuk dan keluar adalah hampir sama, sebelah menyebelah, dan lorong dekat parking area hanya muat satu kereta. So, jem la, dekat-dekat 1/2 jam baru buleh keluar.

Last-last sampai kat Tanjung Bungah ni jam 3.45. Elok la sebab check in pun pukul 3 petang. Kami dah booking resort ni awal-awal lagi, buat online booking la murah sikit dari publish rate. Waktu sampai tu hari masih lagi cerah, tapi dah ada tanda-tanda nak hujan.


 Elok-elok masuk dalam bilik saja, hujan pun turun. Terpaksa la melepak dalam bilik buat sejam - dua.
Hariz dah tak sabar-sabar nak mandi laut, siap dah tukar dalam swimming suit yang baru ja beli last week.
 OK, lepas dah bawak ke tepi laut, takut la pulak nak mandi laut si Hariz ni. Takpa lah sebab air laut kat situ pun tak berapa bersih/elok. Last time pi mandi laut dekat Lumut&Pulau Pangkor. Air kat sana lebih elok dari Tanjung Bungah. Last-last mandi kat kid pools saja.




 
And Haifa pun sempat turun sekali ke dalam kolam. Rasanya kalau dah boleh jalan tu masuk & mandi sendiri. Tak larat nak pegang dah, so bagi la dia rendam kaki & perut sket dalam air yang sejuk sesangat tu. Hariz dah tak kesah walaupun satu badan dah kecut.
 

Malamnya makan dekat Khaleel di Persiaran Gurney. Asalnya nak makan dekat Line Clear, sebab tak reti nak cari jalan di Penang, dua-tiga kali pusing pun tak jumpa-jumpa jugak. Nasi kandar Khaleel agak sedap jugak lah.