Rabu, 8 Ogos 2012

Bandung Day 3 (17-Julai-2012)

Hari ke-3 di Bandung mmg kami dah plan awal-awal sebelum sampai sana lg yg kami tak akan gunakan Pak Supir utk that day. Destinasi kami pada hari tu hanyalah nak ke Trans Studio. Kami dpt tau pasal Trans Studio ni pun melalui rancangan MELODI. Kalau tak silap la Trans Studio ni dimiliki oleh Trans TV Indonesia. Rasanya Trans TV ni kalau kat Malaysia mcm Media Prima la kot. Ada tunjuk pengacara Melodi, Zuan inteview CEO Tran TV kot. Terus kata kat En. Suami time tu, "nanti pi Bandung nak pi situlah". Alhamdulilah, sampai jugak akhirnya...


Trans Studio ni buka pkl 10.00 pg. So, kami kol teksi utk jemput kami di hotel. Dari Hotel Kenangan nak ke Trans Studio lebih kurang 15-20 mnt saja. Kami naik teksi Blue Bird. Sehari sebelum tu ada tanya kat Pak Supir, kalau nak naik teksi mcm mana. So, dia cadangkan Blue Bird. Teksi ni pakai meter. So, konpom tak kena tipu. Kami naik dr Kenangan Hotel ke Trans Studio tgk meter tak sampai pun 20,000 rupiah. Tp kat dalam tepi pintu teksi tu dah tampal, caj minimum 25,000 rupiah. So, bayar aje lah. Duit kita dlm rm11-12 ringgit je kot. Buleh la...
Hariz dgn muka tak sabaq nak masuk dlm dah


Muka pun tak manis dah nak ambik gambaq sbb excited nak masuk dlm

Harga tiket masuk, memang berbaloi-baloi


Game utk kanak-kanak namanya Dunia Anak Kecil. Hariz naik ni 4 kali kot. Sbb tak ramai org, staff yg jaga kat situ layankan saja...

Org dewasa pun bleh naik dgn anak-anak







Hariz naik bumper car ni 6 kali kot rasanya. Tak dak org. Rasa mcm kami ja yg sewa tempat tu. Kahkahkah...Weekday mmg la. Cer kalau weekend, konpom kena beratuq tunggu turn lepas sorang, sorang keluaq baru bleh naik.
Masa naik kereta ni Hariz nangis...Masa nak naik beria-ia, bila dah jalan kalut nak turun!



Nak masuk tmpat ni kena pakai stoking. Hariz pakai selipar ja, so terbang 20,000 rupiah beli stoking semata-mata nak masuk main dlm tu.
Hariz dah dpt kawan bermain kat dlm tu. Dah habis main kat dlm tu hampir sejam dia keluaq bagitau "Hariz tak paham la kawan Hariz tu ckp apa"...Ermmm...mmg la budak Indon tu..bahasa pun lain sikit la.

Masa Hariz main kat dlm tu Mama & Papa bersantai-santai sambil layan FB








Perut dah berbunyi-bunyi sbb kelaparan layan ice-cream dulu sementara tunggu Hariz main kat dlm tu...
Cuma beli seketul fridge magnet kat dlm ni dan sehelai t-shirt utk Haifa. T-shirt budak yg ada tulisan TRANS STUDIO BANDUNG pun harga dekat RM50. Cekik darah! Kalau RM30 ja mmg niat nak beli utk Akmal, Ayra & Aqif sama.


Salah satu karakter kartun dlm drama TV kat sana (Si Bolang) kalau kat Malaysia ni mcm Upin Ipin lah kiranya




Bersama replika "Eiffel Tower" di Trans Studio Bandung
Lunch @ A&W free soup or nasi
Lepas mkn di A&W, kami ke Bandung Supermall. Mall ni mmg sebelah ja dgn Trans Studio, Kiranya keluar ja dr Trans Studio terus tembus ke Mall tu lah. Aku mmg tau kat dlm Mall tu mmg tak dak Butik COACH. So, jalan pi lah kan. Kata pelancong. Pastu ternampak Hush Puppies punya kedai. Saja la masuk. Aku beli gak la sandals utk pakai raya sbb murah. Balik tu ambik teksi depan mall tu. Aku kol teksi Blue Bird rupanya dia tak pick up kat situ. Mmg ada port teksi kat situ. Teksi kaler putih. Kami pun naik je lah. Tp jln yg dia bwk kami balik ke hotel mmg lain betul la.Sbb 2 hari sebelum tu kan kami dah jln-jln dgn Pak Ngkus. So, aku mcm dah bleh agak jln nak balik ke hotel kami. Tp teksi tu bawak pusing ikut mana ntah last-last caj kat meter dia 25,000 rupiah. Lagi mahai dr aku naik teksi Blue Bird nampak. Tp kat teksi yg kami naik tu tulis minimum caj 20,000 rupiah. Nampak sgt hang telan 5,000 rupiah duit kami wahai pemandu teksi. Bila convert balik, 5,000 rupiah tu tak sampai 2 ringgit pun. Halalkan aje lah...Biasa la kan kalau pelancong je kena tipu. Nasib baik sikit-sikit, kalau byk mesti mau tobat nak pi lg dah. En. Suami kata next year nak pi lagi sana tp kali ni nak bwk Tok Wan & Mak Tok pulak. Lepas ni kena alert la dgn promo AA...

Baju Hariz beli kat RUMAH MODE. Size paling besar 5Y. Dia nak jugak w/pun kecik. So, angkat tgn sikit ternampak la pusat.