Rabu, 21 Mac 2012

Tune Hotel Promo RM1

Tune Hotel Promo at Danga Bay
Hari tu ada la Tune Hotel buat promo RM1. En. Suami msg aku dia dpt notification by email from Tune Hotel utk promo RM1 tu. Memula tu agak frust la jugak sbb bila masukkan tarikh yg kami nak, tak dpt pun harga yang RM1. Pastu sesambil buat keja di opis dok cuba dan cuba lagi, akhirnya En. Suami berjaya dpt harga RM1 utk tarikh yg dia masukkan utk booking tu. Aku terus racun dia okaylah kalau dah dpt RM1, kalau try enter tarikh lain, takut tak akan dpt RM1 dah la. Biasa lah kalau yg promo2 ni ramai la yg online. Bilik of coz la terhad. Kata la bilik ada dlm 200 buah, tp kalau dah nama promo, maybe dlm 10 buah ja la yg promo RM1 kan...Yg selebihnya tu dah tentu harga biasa.

Aku pun mcm tak percaya gak utk 4H3M punya bilik bayaq RM3.48? Tp harga tu la yg caj dlm kad kredit pun. Aku takut jugak, tetiba nnti bila check-in kat sana, kena caj apa-apa lagi pulak. Lagipun tarikh nak check-in tu nun lambat lagi. Kalau aku pregnant skrang ni, date yg aku check-in tu dah konpom aku selamat bersalin dan abis berpantang 44 hari.

Kalau nak segala-galanya murah, baik dr segi flight atau pun hotel, dah semestinya kena booking awal. Mcm aku booking Tune Hotel ni, awal setahun kay...Tiket flight tak booking lagi pun. Dok tunggu Fireflyz  or Asia la buat promo. Tp aku prefer Fireflyznya promo. Walaupun flight fireflyz bukan kategori Air Bus, tp okaylah setakat nak ke JB tu. Fireflyz punya offer kalau offer dah sah2 nett price. Kalau Air Asia punya promo, mcm2 caj la. Yg paling tak tahan, caj utk bayar guna kad kredit RM8 per head. Kalau mcm kami sekeluarga ni, dok ada 4 kepala. Kalau ambik flight AS-KL, KL-JB, JB-KL, KL-AS. Sorang dah kira 4 hala, darab tgk la brp nak kena bayaq utk caj kad kredit. Dasar kedekut/berkira kan...


Aku harap sgt dan berdoa pada Allah, jgn la berlaku sesuatu musibah kepada kami sekeluarga atau org2 di sekeliling kami pada tarikh yg telah kami rancangkan tu. Apa2 pun perancangan yg kita lakukan semestinya pasti akan terjadi/tercapai dgn kehendak dan ketentuan dariNYA jugak kan. Mintak dijauhkan anak2 dijangkiti penyakit yg serius atau pun En. Suami/aku ditimpa kemalangan ka apa ka.


Bila dah stay kat JB of coz la nak pi USS kan. So, cari la budget hotel. Nak stay hotel kat Singapore rasa mcm mahal ja kan. Lagipun Tune Hotel Danga Bay ada service shuttle bus ke USS. Tak payah nak pikir sesat ke apa kan...

Aku tgk kalender next year punya CNY dalam 10-Feb- kot. Bonus aku selalunya lagi seminggu nak CNY baru dapat. So, harap2 4hb tu bonus dah masuk la...Bleh pi perabih kat USS.