Selasa, 20 Mac 2012

Coach

Huhuhu...I'm follower for this 2 bloggers. Green Apple dan jugak Kasih Aleeya. Memula aku baca blog Filla hujung tahun lepas kot...Lepas aku dok belek2 entri dia yg lepas2, ada satu entri tu dia masuk contest from OLAY dgn Di the Green Apple. So, kat situ la mula2 aku terjebak ngan blog Di tu. Aku start baca entri Green Apple since entri thn 2005. Bila sampai kat entri dia pi honeymoon kat Cameron Highlands(2011), aku tgk handbag Coach dia, terus aku jatuh hati.Wallaweh..Terus rasa nak beli satu...Sejak dari hari tu, tidoq mlm pun tak lena coz dok terpikir bila la nak dpt handbag mcm tu satu. Ermmm...aku ni payah nak minat/suka handbag yg brand oversea ni. Bukan apa, brand oversea ni ada la yg tiruannya. Kalau aku mampu beli pun akan banyak org yg pertikaikan...Di sebelah satu lagi mesti akan kata "Alah...bukan ori pun handbag tu, dia tu mana mampu beli yg ori, keja pun cikai ja..."Yang sebelah satu lagi pulak akan kata "Tu saja nak menunjuk la tu beli handbag mahai"...Itu semua dari mulut2 longkang yg suka sgt ambik tau apa aku pakai, apa aku buat...Tp, ada aku kisah...Kalau aku mampu beli pun, ada aku mintak duit korang, duit laki/bf korang. Ada?ada?ada?

Since aku keja ngan JLKN tahun 2003(sbb dikelilingi mak2 org), baru la aku jadi feminin sket and ada keinginan nak bergaya handbag pompuan ni. So,1st handbag yg aku beli adalah jenama Carlo Rino(beli kat SOGO). Sejak dari hari tu aku mmg setia dgn jenama tu saja. Tak pernah beli brand lain. Sampaikan barang hantaran aku kawin thn 2006, aku beli handbag Carlo Rino bg kat pihak lelaki utk jadikan hantaran untuk aku. Bukan apa, kang soh husband aku beli(masa tu belum jadi laki la kan), nnti design yg dia beli aku tak berkenan plak. Bila tak bekenan jgn harap la aku nak pakai kan.

Buat masa sekarang ni aku tak minat la dgn jenama LV, burberry dan sebagainya (Maybe sebab aku tak mampu lagi) nak beli. Kalau esok-esok aku dah mampu entah-entah mmg brand tu jugak la kot yg aku kagum. Aku ada tanya kat budak2 bujang kat opis aku ni, handbag Coach ni mahal ke dak. Diorang kata kalau yg ori, paling murah pun dlm RM1,500. Kalau leather tak dpt la harga tu. So, kat Alor Setar ni mana la nak ada butik COACH. Paling dekat pun Penang. Cik Yusthie kat opis aku ni ada bgtau skrang ni handbag branded cam tu dah berlambak org jual online...Aku pun ada msg Green Apple kat inbox FB dia. Dia ada bgtau dia beli kat member dia.So, dia kata bleh dpt below 1K. Aku tak confident nak order online ni. Aku ada pengalaman beli baju anak2 aku online. Tp, hampeh...Tak memuaskan hati aku...Aku order design lain, sekali sampai kat tgn, design lain. Pastu aku tanya, owner online butik tu buleh bg jawapan, pekerja dia yg packing silap...Macam B*B* kan jawapan tu. Aku order kasut baby. Mmg la dia kata pre-order estimate barang sampai dlm 2 minggu. Dah nama pun estimate, siap mintak full payment dr customer buat apa.Mintak separuh dah la. Orang mcm aku yang tak pernah beli barang online ni mmg la cuak jugak. Lepas 2 minggu kata barang tak sampai, aku ligan la email, sms tanya barang nak sampai bila. Tiap2 minggu aku ligan. Dia buleh kata barang sangkut Kastam. Logik ka brang hold kat Kastam 2 minggu? Orang yg tak penah beli online mcm aku ni mmg tak leh nak terima alasan tu. Barang kau baju ja sampai dari Cina, pasai pa plak yg Kastam nak hold sampai 2 minggu. Dah sampai sebulan lebih barang aku tak sampai, mau aku tak ligan. Bagi org lain, maybe RM150 tu ciput ja kan. Bg aku byk kay jumlah tu...Last2 owner tu bleh sound aku, kalau tak buleh sabar, len kali jgn order barang yg pre-order. Mmg pun, itu la yg pertama dan terakhir aku order dari hang. Sejak dari kes tu aku dah fobia nak beli brg online. Aku nak cerita pasai handbag Coach sebenarnya ni, tp dah melalut-lalut ke lain dah ni...

Aku suka ngan brand Carlo Rino ni sbbnya, brand ni tak ada yg cetak rompak yer...Lagi satu designnya tak la nampak mcm org tua sgt. Aku tak berkenan dgn brand BONIA coz bagi aku majoriti design dia mcm utk wanita 40-an ja.Aku lagi 10thn baru akan masuk 40 yer. So, lagi 10 thn la kot baru aku nak try brand BONIA tu.Ada ka brand Carlo Rino ni yg tiruan...So far brand ni dari Malaysia. Brand dari Malaysia tak la org nak tiru-tiru ni kan. Mcm brand Coach, LV, Burberry ni yg gred AA, AAA pun ada jual. Kat opis aku ni pun ada staff yg buat part time jual barang2 ni. Maaf la bukan aku nak kutuk pun. Dah nama pun nak pakai barang branded, tipu la kalau tak mau org len tgk apa brand handbag yg kau pakai kan? So, setakat ni mmg aku berbangga sebab w/pun handbag aku cuma Carlo Rino yg harganya tak sampai ribu2, yg pastinya handbag aku adalah ORIGINAL. Muahahaha...(Ayat riak sikit di situ yer)...

Tapi handbag Coach design ni aku minat betul-betul ni...Ermmm...tapi duit tak dak dlm tgn...So, tak berani la nak pasang angan2 tinggi.Tapi mana tau lagi 2-3 bulan buleh dpt satu kan...Pa...harap2 sebelum pi Bandung or sebelum Raya thn ni bleh dapat 1 tak? 1 ja, bukan 2, bukan 3 pun...

Idaman Kalbu
Idaman Hati