Kalau kontrak aku sambung, bleh la aku nak continue dgn planning aku nak pergi HONGKONG DISNEYLAND tahun depan. Huhuhu...Bleh la aku beli handbag COACH idaman hati/kalbu seketul. Ermmm...kemain lagi aku nak beli kalau kontrak aku sambung kan...Kemain nak pi sana sini, beli itu ini...Hutang sana sini...Eh tolong sikit, aku berhutang dgn institusi kewangan yg berlesen okay...Aku tak pinjam ALONG, FAMA or org persendirian(kawan2) ker. Sapa2 yg aku ada pinjam duit dgn korang, meh sini jumpa aku, aku nak penyepak sedasss...So, aku tak pinjam duit korang, jgn la nak sakit hati dgn apa aku beli, apa aku pakai yer...
Kalau kontrak aku tak sambung, thn depan tak holiday ke mana2 lah jwpnya...Ke USS tu lah yg terakhir la. Pastu dediam dok di rumah. Handbag Carlo Rino pun aku tak buleh dah nak beli 2-3 kali setahun. Mungkin selang setahun la kot nak beli yg baru pun.(Mengharapkan bonus En.Suami la nak beli yg baru pun). Itu pun kalau dia nak belikan, kalau tak beli, "Mama merajuk okay"...Sila mkn maggi 3 hari berturut-turut...
Semalam Secretary GM ada buat farewell utk Senior Project Manager and other engineers yg telah ditransfer ke KVMRT projek. Projek Double Track ni pun dah nak siap dan dijangka siap awal 2014. So, kalau kontrak aku disambung, maybe aku keja dgn company ni dlm setahun setengah ja lagi. If Bos aku bermurah hati offer aku ikut dia ke KVMRT projek, rasanya aku tak pi kot. Anak2 and husband aku kat sini. Nak aku PJJ ke. Pastu weekend aku kena travel balik sini. Balik dgn bas dah sah2 5-6 jam dlm bas. Kalau nek flight, abis lagu tu ja gaji aku tiap2 bulan. Pastu nnti anak2 dah tentu tak rapat dgn aku. Tak pun nnti anak2 aku dpt mama baru plak kan. Lelaki ni pantang kalau ada peluang lebih sikit. Mula la nak ambik kesempatan. Tambah laki aku ni manja lelebih. Nak pi mkn luaq/pi shopping pun nak berteman. Tak der nya nak pi mana2 sorang diri. Soh pi kedai kat nak masuk taman beli serbuk sup pun tak mo. Nak ajak aku pi skali gak. Ni kang kalau aku keja kat KL ni konpom dia cari 'peneman' utk weekday.
Duit byk mana dpt pun tak penah yg cukup. So, kalau aku keja, bleh la aku buat hutang lagi. Muahahaha...keja buat hutang ja kan. Kalau tak berhutang, nak beli cash ntah bila tahun la nak merasa.
Aku tak start pun lagi cari keja lain. Aku budget aku keja ngan projek ni sampai early 2014 ja, thn tu Hariz dah masuk darjah 1. Maka aku akan jd driver utk anak dan suami aku. Tugas aku hantaq En.Suami pegi keja, hantaq Hariz pi sekolah, ambik hariz balik sekolah, pi hantaq utk aktiviti ptg di sekolah pulak. Pastu ambik En.Suami balik keja. Aku dok nampak itu lah tugas utama aku utk thn 2014.
Kalau keja baru aku tak sama mcm gaji yg aku dpt skrg ni, rasanya aku tak mau keja la. Keja kat Alor Setar ni gaji brp duit sgt. Setakat dpt gaji lepas tolak susu, pampers dan duit mengasuh anak ada balance lagi RM50 ja, baik aku jadi full housewife ja. Pagi-pagi tak payah bangun kul 5, pagi2 tak payah nak bertempik dgn Hariz sbb aku masuk keja kul 8. Hariz tiap2 pagi bangun kalu tgk tv dulu, nak suruh pi mandi lepas tu mmg mcm tarzan dah...kena jerit, kena jerkah baru nak angkat bontot. Sambil2 tu bleh tahan sakit mata ni tgk badan dia buat2 lembik dgn mulut mengeluh "adoi la, penat la, letih la, tak larat la, sejuk la," mcm2 lagi la....