Jumaat, 13 Mac 2009
Rangking Baru FIFA
Team feberet aku ada kat atas lagi la...
Ranking Fifa (Kedudukan sebelum ini dalam kurungan)
1. (1) Sepanyol - ni febret
2. (2) Jerman
3. (3) Belanda
4. (4) Itali - ni pun sokong
5. (5) Brazil - ni lama sangat dok atas, eksen dah...
6. (6) Argentina
7. (7) Croatia
8. (9) Russia
9. (8) England
10. (12) Portugal
11. (10) Turki
12. (11) Perancis
13. (12) Republik Czech
.
.
.
ish..ish..ish..kat mana Malaysia ni..
Glory..Glory Man United

'United menang kerana tuah'
Pemain mula mahu menunjuk-nunjuk aksi mereka: Fergie
MANCHESTER: Juara bertahan, Manchester United menundukkan Inter Milan 2-0 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertamanya di peringkat Eropah sejak menjuarai gelaran itu musim lalu.
Selepas kebuntuan gol pada pertemuan pertama, Nemanja Vidic meletakkan United di depan sebelum Ronaldo menanduk masuk gol kedua, empat minit selepas waktu rehat.
Namun ia adalah malam yang mendebarkan buat United, dengan percubaan penyerang Inter, Zlatan Ibrahimovic dan Adriano terkena palang ketika pelawat gagal mengambil kesempatan daripada permainan hambar juara Inggeris itu.
“Selepas mendahului 2-0, pemain saya mula mahu menunjuk-nunjuk aksi mereka. Ia adalah permainan bola sepak yang cuai hingga membolehkan Inter menguasai permainan.
“Ia memang begitu mendebarkan dan malam yang panjang bagi kami,” kata pengurus United, Sir Alex Ferguson.
Kekalahan Inter itu adalah yang kedua buat Jose Mourinho dalam 14 pertentangannya dengan Ferguson, yang termasuk ketika membimbing Chelsea dan FC Porto.
Tiada siapa boleh lupa bagaimana Mourinho berlari di tepi garisan di Old Trafford pada 2004 apabila pasukannya ketika itu, Porto menjaringkan gol pada lewat permainan utnuk menyingkirkan United daripada Liga Juara-Juara, keputusan yang membuka laluannya ke Chelsea di mana dia memenangi dua gelaran liga.
Namun, jelas dua gol menerusi tandukan, masing-masing pada awal setiap babak memusnahkan impiannya, sekali gus menyebabkan pasukannya kini hanya mampu menumpukan usaha untuk mempertahan gelaran juara Itali.
“Tiada siapa boleh mengatakan kami tidak membuat kajian, kami menonton 50 DVD mengenai kemampuan Vidic sewaktu sepakan sudut tetapi dia masih mampu menghasilkan gol,” kata pengurus warga Portugal itu.
Ditanya mengapa Zlatan Ibrahimovic, antara pemain Inter yang hebat dengan tandukannya, tidak diberikan tugas mengawal Vidic, Mourinho berkata:
“Dia mengawal Ronaldo, pastinya dia tidak mampu berada di dua tempat pada satu masa.”
Selasa, 10 Mac 2009
Rumah BaruKu
Haha...ini baru rumah contoh....
Rumah aku nanti bulan September 2009 baru siap..
Lagi lebih kurang enam bulan nak siap la..
Buat masa ni, dah 35% completed..
Baru minggu lepas aku gie tengok ngan wife aku..
Alhamdulillah...Dah nampak bentuk rumah pun...
Cat asas pun dah sapu..
Tp bila dah siap nnt cam gambar kat atas tu la....
Jumaat, 6 Mac 2009
Opening Soon!!!
Ini bangunan Albukhary International University..(admin & library blok)
Opening soon...dijangkakan tahun ni...
Tak sure bila nak siap tapi main building for this university dah siap..
Aku ada bgtau cerita pasal University ni masa mula2 join company nie kat family-family aku la...
Sepupu & pakcik aku kata mana bleh buka universty kat belakang kompleks tu..
kecik je area, university tu kena area yg besar..
last2 diorang dapat tau yang dah nak siap pun university ni, diorang pulak yg dok kalut tanya pasal kerja kat situ...
cheh..dulu cerita tak mau percaya..
Dah nak siap ni...
Bila?tak bleh nak kompom la...
Next week audit
pening kepala dah nie...
team audit nak turun opis next week..
audit akaun company yang dah terlewat 3 tahun..
yee... 3 tahun dah tak buat audit..
mana tak nya..last accountant dah resign, takdak sapa takeover..
nasib baik satu company je..
tu pun dah pening la....
1st problem.....
last account guy kat sini tak penah buat fixed asset register..
mana aku nak cari aset2 syarikat yang dah lama2 tu..
pi mana pun tak tau..
2nd problem....
company aku banyak tanah...
tp land title ada kat HQ di kl..
pejabat Tan Sri kat sana la..
auditor nak tgk, sbelum ni audit company yg berkaitan pun dah bgtau ada kat KL..
tak paham2 bahasa tul la Cik-cik auditor nie..
nak tengok kena pi KL la..