Memaparkan catatan dengan label Vacation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vacation. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mac 2012

Tune Hotel Promo RM1

Tune Hotel Promo at Danga Bay
Hari tu ada la Tune Hotel buat promo RM1. En. Suami msg aku dia dpt notification by email from Tune Hotel utk promo RM1 tu. Memula tu agak frust la jugak sbb bila masukkan tarikh yg kami nak, tak dpt pun harga yang RM1. Pastu sesambil buat keja di opis dok cuba dan cuba lagi, akhirnya En. Suami berjaya dpt harga RM1 utk tarikh yg dia masukkan utk booking tu. Aku terus racun dia okaylah kalau dah dpt RM1, kalau try enter tarikh lain, takut tak akan dpt RM1 dah la. Biasa lah kalau yg promo2 ni ramai la yg online. Bilik of coz la terhad. Kata la bilik ada dlm 200 buah, tp kalau dah nama promo, maybe dlm 10 buah ja la yg promo RM1 kan...Yg selebihnya tu dah tentu harga biasa.

Aku pun mcm tak percaya gak utk 4H3M punya bilik bayaq RM3.48? Tp harga tu la yg caj dlm kad kredit pun. Aku takut jugak, tetiba nnti bila check-in kat sana, kena caj apa-apa lagi pulak. Lagipun tarikh nak check-in tu nun lambat lagi. Kalau aku pregnant skrang ni, date yg aku check-in tu dah konpom aku selamat bersalin dan abis berpantang 44 hari.

Kalau nak segala-galanya murah, baik dr segi flight atau pun hotel, dah semestinya kena booking awal. Mcm aku booking Tune Hotel ni, awal setahun kay...Tiket flight tak booking lagi pun. Dok tunggu Fireflyz  or Asia la buat promo. Tp aku prefer Fireflyznya promo. Walaupun flight fireflyz bukan kategori Air Bus, tp okaylah setakat nak ke JB tu. Fireflyz punya offer kalau offer dah sah2 nett price. Kalau Air Asia punya promo, mcm2 caj la. Yg paling tak tahan, caj utk bayar guna kad kredit RM8 per head. Kalau mcm kami sekeluarga ni, dok ada 4 kepala. Kalau ambik flight AS-KL, KL-JB, JB-KL, KL-AS. Sorang dah kira 4 hala, darab tgk la brp nak kena bayaq utk caj kad kredit. Dasar kedekut/berkira kan...


Aku harap sgt dan berdoa pada Allah, jgn la berlaku sesuatu musibah kepada kami sekeluarga atau org2 di sekeliling kami pada tarikh yg telah kami rancangkan tu. Apa2 pun perancangan yg kita lakukan semestinya pasti akan terjadi/tercapai dgn kehendak dan ketentuan dariNYA jugak kan. Mintak dijauhkan anak2 dijangkiti penyakit yg serius atau pun En. Suami/aku ditimpa kemalangan ka apa ka.


Bila dah stay kat JB of coz la nak pi USS kan. So, cari la budget hotel. Nak stay hotel kat Singapore rasa mcm mahal ja kan. Lagipun Tune Hotel Danga Bay ada service shuttle bus ke USS. Tak payah nak pikir sesat ke apa kan...

Aku tgk kalender next year punya CNY dalam 10-Feb- kot. Bonus aku selalunya lagi seminggu nak CNY baru dapat. So, harap2 4hb tu bonus dah masuk la...Bleh pi perabih kat USS.

Isnin, 19 Mac 2012

Our Vacation in 2012

Kuching
Bandung


Tahun 2012 ni aku dan En. Suami merancang untuk bercuti 2 tempat sahaja iaitu di Bandung dan Kuching. Memandangkan ini adalah kali pertama kami ke luar Malaysia memang perasaan keterujaan untuk ke sana tu dah pun aku mula rasai. En.Suami, wallahuwalam, sebab aku tak bleh nak baca apa isi hati dia kan...(W/pun dah nak masuk 6 thn kawen).

Memandang Dec thn lepas Air Asia ada buat promotion kami berdua sanggup bersengkang mata online dari pukul 12.00 tgh mlm semata-mata nak dpt tiket murah...Kul 4 pagi baru la sukses booking. Selalunya Air Asia kena cepat, kalau 2-3 kali masukkan tarikh, pastu mesti kena beratur kat waiting room la jawapnya. Dah nama pun nak tiket murah, memang cam gitu la rupanya...

Memula tu try search tiket ke Kuching, okaylah buleh dikatakan murah gak la. Kami pernah ke Kota Kinabalu bulan March 2010 dengan Air Asia cuma RM220. Alor Setar-LCCT, LCCT-KK, KK-LCCT, LCCT-Alor Setar. Betul tak tipu. Mak aku siap bising "hampa ni nek kapal terbang sakan noh, mcm banyak duit"...Ermmmm...itu pada pandangan dia la...Tambang Air Asia tak la semahal MAS. Sesuai dgn tag linenya: Now, Everyone Can Fly...Orang-orang yang tak berapa nak mampu mcm kami ni mmg dok tunggu time ja bila la Air Asia ni nak buat offer...Kalau org yg ada duit, anytime rasa nak pi holiday, just klik booking tiket, tak kisah pun harga berapa kan...

Lepas dah booking ke Kuching tu, En.Suami try la search tiket ke Bandung lak...Erm...aku dah lama tringin nak ke Bandung pun...Memula tu plan thn ni just nak round dlm Malaysia ja sbb Haifa tak cukup 2 thn lagi. Kalau dpt tiket offer pun, Haifa bawah 2 thn sah-sah la tak bleh ambik seat utk dia. Dia dikira infant.Dan caj utk infant lebih mahal dr tiket yg promo.  So, lepas masukkan tarikh, En.Suami tanya lak, mcm mana, nak booking ke tak ke Bandung ni. Aku? Okay ja nak booking. Kad kredit dia, bukan aku punya pun...Muahahaha...

Pasport utk 3 beranak tak pi buat lagi pun. 3 jer ke? A'ahhh...3 la, sbb Haifa akan ditinggalkan. Ermmm...sedih la jugak nak tinggalkan si kecik tu. 1st time nak berpisah...Tapi dari mengelakkan terjadinya situasi bermasam-muka, lebih baik si kecik tu dok ngan Mama Syah(Mak Mengasuh)...Nnti dah sampai Bandung, haruslah aku nak sibuk shopping...En.Suami lak dah tentu tak mau nak ikut bontot si kecik tu.Maklumla, budak baru dapat kaki, menonong jalan suka hati, kalau pegang tgn dia mau kena tepis...

Pi Kuching nanti baru bawak si kecik tu. Budget cuma nak jalan2 area bandar Kuching ja. Pastu 1 hari nak spend tepi pantai. Hotel tepi pantai tak booking lagipun. Cuma dah booked Tune Hotel. Tune Hotel bilik memang kecik. Mcm kami yg 4 beranak, mmg kena ambik 2 bilik la. Kami penah stay kat Tune Hotel Penang (masa tu hotel tu baru bukak & Haifa pun tak dak lagi). Hariz tidoq kemain lasak, last2 En. Suami tidoq atas lantai berlapikan cadar.