Isnin, 28 Mei 2012

Ladang Anggur Tasik Beris, SIK


Ladang Anggur Tasik Beris terletak bersebelahan Tasik Beris, Daerah Sik, Kedah. Pada yang belum pernah ke ladang anggur, ini satu peluang untuk lihat bagaimana anggur di tanam di kawasan yang beriklim panas. Ikut iklan Ladang Anggur Tasik Beris, ladang ni adalah ladang anggur yang terbesar di Asia Tenggara.


Tasik Beris memang cantik. Sayang sebab belum ada pihak yang membangunkan kawasan ni sebagai pusat perlancongan. Mungkin sebabnya kawasan ni jauh dari pusat bandar. Apapun, tempat ni tetap cantik.



Bergambar dengan Pn Kong & Family.
Rombongan kami kali ini disetai sekali dengan rakan-rakan dari X-Mydin Mart Alor Setar. Sebelum sampai kat sini, kami singgah dulu di Lata Mengkuang, Sik untuk aktiviti mandi-manda. Lebih kurang jam 2.30 petang baru sampai disini. Kesian pn Yantie dan keluarga tunggu kami kat sini lebih kurang sejam.


Hariz dah tak sabar-sabar nak masuk.
Berehat tunggu rakan-rakan yang lain.
Kawasan kat sini dah upgade sikit dari dulu. Sekarang dah ada kawasan untuk rehat kat depan pintu masuk dan boleh minum air buah anggur yang tanam kat sini. Ada gak playground untuk budak-budak main sementara parents dok berehat.
Kemana pulak?

Bayaran masuk.

Oh ya, kat sini bayaran masuk dikenakan seperti di atas. Surau & toilet pun ada untuk kemudahan pengunjung-pengunjung kat sini. Tiket boleh beli di kaunter sebelah. Souvenir pun ada dijual kat sini tapi memang mahal. Key-chain 1 harga RM10, kalau kat Cameron Highland 3-RM10. Chekik darah sungguh.


Hariz dengan pose tersendiri.
Camera-man. Handphone papa jadi camera, bawak dalam poket ja.

Buah anggur belum masak.
Dan lagi satu yang spoil kat sini, anggur kat sini tak leh petik. Kalau strawberry kat Cameron bleh ja petik, sini tak boleh, siap pasang notice kat setiap kawasan lagi tuh. Tapi time ni pun buah anggur belum masak lagi, semua hijau-hijau & kecik-kecik lagi. Kalau nak rasa jugak, boleh beli dekat kaunter tiket, ada dijual. Orang kata anggur kat sini memang manis, tapi tak beli pun sebab mahal. Semua mahal kat sini.

Haifa nak jalan sendiri OK.
Dalam Vineyard...Ramai jugak pengunjung.

Rehat kejap.

Thanks to Hariz, camera-man kami.

Souvenir - beli gak walaupun mahal.
Dalam ladang pun ada tempat rehat. Tapi rasanya tak lah besar sangat kawasan-nya. Jalan dalam satu area ja pun dah OK. Kalau buleh petik anggur, confirm round semua area cari anggur yang besar & manis.

Dengan rakan-rakan.

Posing akhir sebelum balik.