Khamis, 29 Januari 2009
Hmmm.... macam mana la bleh tersangkut!!!
Kalau korang nak tau, kucing ni dah terlekat semalam dah kat situ. Bukannya aku tak mau tolong, kucing nie kucing liar yg duduk menetap kat area-area umah aku la. Ibu kucing nie memang garang sket, aku pi nak tengok je pun dah nak kena terkam la. Dalam pukul 6 petang la aku dengaq kucing nie dok keyau-keyau. Dok tengok-tengok keliling nampak la si ibu dengan adik beradik dia lagi 2 ekor tu okay je. Masuk dalam umah dengar dok keyau-keyau lagi. Kesian punya pasal, aku pun mencari la apa masalah ngan kucing nih.
Bila dah jumpa tu, ingatkan nak tolong la. Kucing ni ngan ibu dia sama garang la. Asal aku nak pegang je, kucing nie nak cakar aku. Siap dengan bunyi-bunyi kucing yg tak gheti aku nak tiru la. Asal dekat je, ibu dia la pulak nak terkam. So, apa bleh buat, biar je la.
Esok pagi-pagi dok dengaq bunyi keyau lagi. Hidup lagi la anak kucing ni. Kul 7 macam tu, tengok je ibu kucing dah tak dak, sempat la aku tolong lepaskan anak kucing ni. Nasib baik hidup lagi.
Kalau korang nak tau, seminggu lepas pun adik-beradik si kucing nie pun ada sekor dah terlekat kat jaring belakang umah aku nie. Kul 5 pagi kot aku selamat kan adik-beradik dia tu, dengan bantuan wife aku yang tolong suluhkan. Tak insaf-insaf pun keluarga kucing nie. hehehe..