Khamis, 29 Januari 2009
Ini la akibatnya!!!
Nak tolong kucing punya pasal, tangan sendiri yg sakit. Tangan kanan&kiri masih sakit-sakit kena gigit & cakar la. Ibu jari kiri kena gigit 2 kali.
Hmmm.... macam mana la bleh tersangkut!!!
Kalau korang nak tau, kucing ni dah terlekat semalam dah kat situ. Bukannya aku tak mau tolong, kucing nie kucing liar yg duduk menetap kat area-area umah aku la. Ibu kucing nie memang garang sket, aku pi nak tengok je pun dah nak kena terkam la. Dalam pukul 6 petang la aku dengaq kucing nie dok keyau-keyau. Dok tengok-tengok keliling nampak la si ibu dengan adik beradik dia lagi 2 ekor tu okay je. Masuk dalam umah dengar dok keyau-keyau lagi. Kesian punya pasal, aku pun mencari la apa masalah ngan kucing nih.
Bila dah jumpa tu, ingatkan nak tolong la. Kucing ni ngan ibu dia sama garang la. Asal aku nak pegang je, kucing nie nak cakar aku. Siap dengan bunyi-bunyi kucing yg tak gheti aku nak tiru la. Asal dekat je, ibu dia la pulak nak terkam. So, apa bleh buat, biar je la.
Esok pagi-pagi dok dengaq bunyi keyau lagi. Hidup lagi la anak kucing ni. Kul 7 macam tu, tengok je ibu kucing dah tak dak, sempat la aku tolong lepaskan anak kucing ni. Nasib baik hidup lagi.
Kalau korang nak tau, seminggu lepas pun adik-beradik si kucing nie pun ada sekor dah terlekat kat jaring belakang umah aku nie. Kul 5 pagi kot aku selamat kan adik-beradik dia tu, dengan bantuan wife aku yang tolong suluhkan. Tak insaf-insaf pun keluarga kucing nie. hehehe..
Trip to The Carnival, Sungai Petani
Ahad minggu lepas adalah hari Keputeraan Sultan Kedah. So the next day tu, mywife dapat cuti sambung la. Memandangkan aku pun cuti hari Ahad sekarang nie, so cuti sambung sekali. We decide nak ke the Carnival, SP. Petang Ahad tu balik kampung wife aku kat Pokok Tai. On the way la nak pi SP tu. Esok tgahrinya baru keluar to The Carnival. Malangnya, on weekdays, tempat ni buka kul 2. So, apa lagi, pi shopping kat SP dulu la.
Kul 2 dah terpacak kat depan The Carnival nie. Nak tengok la anak aku sorang ni nak buat perangai ke tak. Ingatkan suka la bleh main air. Awal tu punya la excited bgtau nak pi main air. Sampai kat dalam pun dah tak sabar-sabar dah. Dah tukar baju nak mandi je, sampai kat kolam, tak mau turun la pulak.
Jenuh jugak la memujuk. Tak mau gak main air. Last-last sekali kami dua orang la main air. Dah dekat 1/2 jam mcm tu, kami pun rehat & bagi la dia minum dulu. Lepas tu tanya dia nak balik ke tak, dah tak mau main, rupa-rupanya kena bagi time dulu, ambik feel, baru nak main. Lepas tu je, dia sendiri yg terjun dalam kolam kat situ & tak mau balik!!!
Jumaat, 16 Januari 2009
BZ....BZ....BZ
Arggg....penat betul..... kalau Chinese New Year je memang letih. Bayangkan kan la, dalam 2 hari kena prepare cek to consultant & contractor about 80 payment. Tu tak kira nak siapkan gaji untuk staf lagi. OT nak kena check. Mcm2 lagi la. Nasib baik hari nie dah takdak cek yg nak kena buat. Tapi keja tak abis lg, nak kena courier pulak cek2 nie to contractor & client. Yang ni okay sket la. At least aku bleh pau depa suruh bagi buah limau ka, hamper ka. Orait gak la sebab next week dah Chinese New Year.......
Isnin, 12 Januari 2009
Chelsea kena bedal
Chelsea kena bedal
LONDON: Manchester United semakin menghampiri Liverpool dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas membelasah Chelsea 3-0 di Old Trafford, semalam.Tandukan Nemanja Vidic meletakkan United di depan sebelum tamat separuh masa pertama manakala Wayne Rooney menggandakan kedudukan pada minit ke-63 dengan sepakan dari jarak dekat manakala jaringan Dimitar Berbatov pada minit ke-87, melengkapkan kemenangan itu dan melonjakkan United ke tangga ketiga.
"Petikan dari Harian Metro 12 January 2009"
Nak kena masuk gak artikel dari paper Metro ni. Dah kata dah, "Glory, Glory Man United"
Baby Ku
Bagi yg tak kenal sangat dengan aku, ini anak aku yg pertama. Dah besar pun. 1 tahun 7 bulan . Nie gambar aku ambik masa umur 4 bulan kalau tak salah aku(date kat camera tak edit la) . Nama dia Amzar Hariz Ramadhan.
Pagi tadi bleh terlupa lak nak bagi botol susu kat pengasuh baby aku. Apa lagi, marah la wife aku. Kalut gak la nak keluar gie hantar. Nasib baik bos aku takdak.
Yang best nya, baby aku bila nampak aku sampai aja dia ingat aku nak ambik dia la. Bila aku balik tinggal dia, keyau la budak tu. Hmmmm..... kesian jugak la. Tapi dah keja nak buat macam mana.
Assalamualaikum..
Nie kali pertama dalam hidup aku nak create blog. Memandangkan bos aku sedang bertugas di KL, sempat la aku nak create blog nie. Kalau dah bos ada tu jangan harap la nak sempat buat benda nih. Ini still lagi dalam pembikinan. Klik sana, klik sini. Ntah apa-apa je yg aku clik pun tak tau la.
Kejap keluar, kejap hilang.....
Sapa yg boleh menghulurkan bantuan? Feel free to call me...
Nie kali pertama dalam hidup aku nak create blog. Memandangkan bos aku sedang bertugas di KL, sempat la aku nak create blog nie. Kalau dah bos ada tu jangan harap la nak sempat buat benda nih. Ini still lagi dalam pembikinan. Klik sana, klik sini. Ntah apa-apa je yg aku clik pun tak tau la.
Kejap keluar, kejap hilang.....
Sapa yg boleh menghulurkan bantuan? Feel free to call me...
Langgan:
Catatan (Atom)