Ahad, 20 November 2011

Kedah Medical Centre



I have been a loyal customer of Kedah Medical Centre(KMC) this year. Dah 3 kali tahun ni masuk dalam wad kat sini. Overal for me, KMC agak baik dari segi servis tapi biasa bab makanan. Makanan agak-agak baik sket dari average.

Dari segi kos, memang mahal. KMC adalah hospital yang paling mahal di Alor Star. Kalau nak ke hospital swasta di Alor Setar ni, ada 2 saja yang ok- KMC & PMC or Putra Medical Centre. PMC lebeh murah kosnya, tapi bilik di PMC lebih kecil dari KMC.

Di KMC, rate untuk bilik single ialah RM220.00 semalam. Lebih kurang rate dekat hotel la pulak. Tapi memang puas hati sebab luas. Boleh letak comforter kat sebelah katil patient & ada satu sofa 3 seater kalau nak tidor atas. Tu belum tengok bilik VIP lagi. Bilik VIP siap dengan ruang tamu lagi tu.

Bilik 2 bedded rate RM150.00. Saiz sama macam bilik single, tp bahagi 2. Bilik 4 bedded pun ada, rate RM120.00.

Tingkat 6 di KMC baru saja di renovate tahun lepas dengan kos lebih kurang RM4 juta. Bilik di tingkat 6 lebih mahal dari rate biasa. Rate untuk single bed RM 250. Tahun lepas sempat jugak duduk bilik double tingkat 6. Masa tu baru opening for tingkat 6 &dapat diskaun untuk bilik tu. Best sebab katil ada remote & TV LCD sorang satu. Tak payah dah berebut-rebut nak tengok dengan orang sebelah.

Next year, KMC akan buka level 7 pulak. Dengar-dengar tu bilik untuk single & VIP sahaja. KPJ(KMC owner) akan buka satu lagi cawagan di Perlis. So lepas ni patient dari Perlis tak payah bersusah-payah ke Alor Setar untuk dpatkan rawatan.