Khamis, 22 November 2012

KUCHING DAY 1 (4-Sept-12)

Percutian kedua dan terakhir dalam tahun ni ialah ke Kuching, Sarawak. Tiket ni bulan Dec thn lepas jugak sama tarikh dgn booking tiket ke Bandung bulan Julai lepas. Tapi kali ni bawak Haifa sekali. Memang plan dari awal ke Kuching ja nak bawak Haifa pun. Buat pertama kalinya Haifa naik kapal terbang umur 1 tahun 9 bulan. Flight AA dari Alor Setar jam 8.30 pagi. Alhamdulilah flight dr sini mmg tak penah delay. Sejam lepas tu kami mendarat di LCCT. Flight berikutnya ke Kuching jam 11.30 pagi. So, marilah kita membasahkan tekak di Starbuck dulu…













Alhamdulilah, kami selamat di Kuching International Airport lebih kurang 1.00 tghari. Kami ambik teksi utk ke hotel yg telah kami booking online. Caj teksi adalah sebanyak RM25.00. Hotel yang kami booking online tak la hebat pun. Tune Hotel @ Waterfront. Memandangkan Tune Hotel ni mmg kecik, so haruslah ambik 2 bilik. Haifa tidoq dgn mama. Hariz lak tidoq dgn papa…Caj utk 1 bilik utk 2 mlm adalah RM 50.00 sahaja. Mmg ambik yg basic sahaja, iaitu tak add on air-cond or toiletries pun





Lepas dah check-in dan letak beg semua, harusla nak keluaq jalan-jalan kan…Kata bercuti, tak kan nak dok dlm hotel ja kan…Bilik pun tak best, takat buleh tidoq ja lah…Tune Hotel memag dekat sgt-sgt dgn Kuching Waterfront so itulah tempat pertama dituju setelah sampai di Kuching.Selalu asyik tengok dalam tv saja rupa bot penambang. Tgk mcm best saja, tapi bila 1st time jejak kaki ke dalam bot tu dan-dan rasa nak terbalik bot tu…beralun-alun…Hariz menjerit-jerit sambil teriak sbb takut. Haifa apa lagi tgk abg dia start teriak, dia pun teriak sama la. Kami 4 beranak naik bot penambang tu ke seberang sana utk beli kek lapis dan ikan terubuk masin. 5 kupang perhead. Kami 4 beranak baru RM 2.00! Tp aku bagi lebih la kat pakcik bot tu anggap ja sebagai sedekah sbb umuq pun dah sebaya pak mertua aku yg dah berbelas-belas tahun pencen tp masih kuat mencari rezeki.







Kek lapis ada berbagai warna dan perisa. Tp memandangkan jangka hayat kek-kek tu tak lebih dari seminggu, jadi aku pun tak beli satu pun untuk kawan-kawan. Hari Ahad baru flight balik ke Alor Setar, maaflah pada kawan-kawan yg kirim nak beli kek lapis permintaan anda semua tak dapat ditunaikan. Flight dari Kuching ke KL hari jumaat petang, tp kami bermalam di KL selama 2 malam. Kalau beli mesti kek tu dah berkulat. Ikan terubuk masin jangka hayatnya dalam 10 hari kalau dibungkus kemas. Ada yg 3 ekoq RM 10, dan ada yg 2 ekoq RM 10. Ikan terubuk masin ni aku beli byk sbb ramai yg order. Bila check-in foursquare dan post di FB ramai la pulak kawan-kawan yg pakat order.











Sebelum ke Kuching aku ada jugak la google-google blog org lain tgk tmpat makan yang best kat Kuching tu. Setelah di google aku terjumpa tempat makan (Seafood) yang best iaitu di Top Spot. Kiranya Top Spot ni tak jauh dari Tune Hotel lebih kurang 700-800 meter kot dari Tune Hotel. Bermacam-macam jenis seafood ada kat sini. Pilih jenis seafood, pastu bagi tajuk masakan and then tukang masak tu akan masakan. Harga adalah reasonable. Tak cekik darah la kiranya…Lepas ‘tummy’ dah kenyang dgn lemak dan kolestrol, jomlah balik sidai perut kat bilik hotel…Sekian utk hari pertama initerary…








Isnin, 8 Oktober 2012

Handbag Raya Mama & Wallet Raya Papa

Papa Punya
Mama Punya




Dah beli kat BUTIK, of coz ORI la kan...

Akhirnya hajat aku nak memiliki seketul handbag coach pun tercapai jugak. Aku beli handbag ni kat COACH KLCC. Harga asal mmg mahal RM 1,850…Tapi mungkin aku bernasib baik, hari yg aku masuk dlm Butik COACH tu adalah hari terakhir SALE. Salesgirl kat situ ckp yg ni hari yg ke-4 (last day). Dan beg yg aku beli ni diskaun 40%. So, harganya RM1,110.00. Perghhhh…mahai la bg aku..Selalu dok pakai handbag Carlo Rino ja RM400. Aku bleh tersuka kat brand ni bila pertama kali aku melihat handbag Kak Di pakai. So, aku pm dia la tanya brp harga, PAstu dia kata dia beli melalui kawan dia, bwh 1K. masuk BUTIK COACH tu nak cari design yg mcm Kak Di punya, tp dah tak la sbb design tu Kak Di pakai pun dah berkurun. Aku ja baru terbaca entri blog dia, entri yg 2 thn lepas. So, mana nak cari dah design mcm dia punya. Tak dpt design mcm Kak Di, asalkan COACH pun jadilah kan...Kali ni saja nak up skit la...Aku beli seketul, En. Suami pun nak jugak utk dia…Ermmm…beli lah, duit dia la katakan…Aku dok survey byk yg org jual online brand COACH ni dan lg murah…Tp En. Suami kata kalau nak beli, baik beli kat butik, dah confirm ORIGINAL. Ikut dia la, yg nak bayaqnya dia, mahai pun mahai lah dr beli online. Dia kata kalau beli online bukan buleh nak pegang or belek2. Kalau cap AAA ka hah mcm mana…Duit dah bank-in penuh…So, lepas ni next year bleh dpt dak COACH lagi seketul  (*kelip2 mata sambil senyum*)


Bandung Day 4 (18-Julai-2012)


Hari terakhir kami di Bandung, kami check-out hotel jam 8.00 pg dan terus bertolak ke Sari Ater Hot Springs. Perjalanan ke Sari Ater Hot Springs mengambil masa lebih kurang 1 jam...Perjalanan kami pada pagi tu diiringi kabus dan cuaca sejuk...Sari Ater Hot Springs ni terletak di pinggir Bandung.

Dah siap check-out hotel, tgh tunggu Pak Ngukus sampai

Hariz & Papa depan lobby Hotel Kenangan
Our Supir - Pak Ngukus but Hariz him Panggil Pak 'Bungkus'
Muka ceria sbb tgh segar di awal pagi

Pintu masuk Universitas Bandung



Kabus

Lepas 1 jam di dalam kereta, kami pun sampai di Sari Ater Hot Springs. Waktu tu mmg tak dak org lagi pun. Bila sampai kat sini, Hariz paling excited nak ambik gambaq dgn semua replika binatang yg ada kat dlm tu.










Mama sedang menahan nafas utk mengempiskan perot!

Rendam kaki ja, air bleh tahan panas, bukan suam lagi dah!











Gigih nak mandi jugak, pantang jumpa ayaq...Nasib baik dah ready dgn swim suit dia dlm bag




Lebih 1 jam di Sari Ater Hot Springs, kami pun patah balik ke Bandung, Dlm perjalanan turun ke kota Bandung kami menyuruh Pak Ngukus bwk kami ke ladang strawberi. Kat sini ramai jugak yg tanam strawberi, tp ladang yg Pak Ngkus bwk kami tu mmg buleh petik sendiri strawberinya. Bayaran masuk kalau tak silap Rp.15,000 seorg. Buah strawberi akan dikira brp byk yg kita petik. Masa nak timbang strawberi yg dah dipetik, akan diberikan dgn jus strawberi. Minum masa sejuk2 mmg sedap tekak!












Rasa mcm kat Cameron Highlands la pulakkk...

Konon2 berat la tu...




Jus strawberi




Lepas letih petik strawberi, perut pun dah bernyanyi2. Lalu kami mintak Pak Ngukus bawak kami ke Kampung Daun. Bila dah sampai, mmg terpegun dgn konsep dan suasana Kampung Daun tu...



Kena pergi ke kaunter utk 'register'dan diberikan nombor pondok

Makan dalam hutan

Bila nak order sila ketuk benda tu barulah waiter akan datang utk ambik order

Siap ada tilam dan bantal utk baring2





Kos lunch di Kampung Daun lebih kurang RM 100.++


Bila dah selesai lunch di Kampung Daun, jam baru pukul 2.00 ptg. Flight kami pada hari tu 7.45 mlm. So, atas cadangan Pak Ngukus, dia kata seeloknya sampai di Airport jam 5.00 ptg. Memandangkan ada masa lagi, kami habiskan dgn menjamu mata di sekitar FO yg ada.

Harga lebih kurang kedai kat M'sia ja pun.
FO lagi...
@ The Summit FO
Dah sampai kat Airport Bandung, kaunter check-in belum ready
Datang 2 beg ja, balik beg dah beranak-pinak

Tgh layan FB sambil caj Tab dekat Airport. Duduk tepi dinding yg ada suis...

Pengalaman yg amat menyeronokkan. InsyaALLAH, kalau ada duit lebih ingin sekali lagi menjejakkan kaki ke Bandung...Makan + Shopping....Heaven sgt... :)