Rabu, 14 September 2011

AS Cinema - Hantu Bonceng

1st time bawk Hariz pergi tengok wayang. Sebelum ni takut nak bawa sebab takut dia bising dalam panggung wayang or tak mau duduk diam-diam dalam tu sampai abes.

Kena beli jajan dulu sebelum masuk. Air, Popcorn, kepok, cokelat wajib kena ada la.
Since hari raya tu dia dok tengok iklan Hantu Bonceng tu macam interested saja, so lepas jamuan hari raya dekat Taska Kemas, kami bawa dia pergi tengok cerita Hantu Bonceng ni kat AS Cinema.

Raya Day 5 - Penang Trip

Bos dah jemput satu office ke rumah dia in Penang for the 1st time sejak aku kerja kat sini. Even kakak-kakak yang senior kat office ni pun bagitau itu la pertama kali dia buat open house untuk hari raya. Tak tau la kalau sebelum ni dia ada buat tapi tak panggil kitaorang kan.
Walaupun jalan nak pi rumah bos ni tak la susah sangat tapi still ter-silap jalan jugak. Bukan apa, last time lalu tempat tu pun 2-3 tahun lepas. Landmark yang dia bagi, 1. Kayu Nasi Kandar, 2-Kompleks Bukit Jambul. Kompleks Bukit Jambul ni senang la nak cari sebab besar dan bleh nampak dari sebelah jalan. Kayu Nasi Kandar ni plak terlindung sket, tapi kami berjaya cari cuma nak cari jalan rumah dia yang tak berjaya. Nasib baik Samsung Galaxy Tab membantu dengan perisian Navigation.

2nd agenda lepas open house - jalan-jalan at Queens Bay Mall.

Di Starbucks.

Kat Alor Setar takdak Starbucks, paling dekat pun Sungai Petani. Mula-mula ingat nak makan burger Subway, tapi bila dah dekat Subway tu rasa macam tak mau makan pulak.
Dah jumpa, sah-sah la kena main dulu seround-dua.
Balik dari Penang, kami try naik feri la sebab Hariz memang suka naik feri. Nasib baik la tak ramai sangat kat Jetty tapi lama sikit la menunggu.

Nak pegi school jugak

Haifa dah pandai merangkak.Dah pandai merangkak, pandai la tarik & punggah barang-barang kat rumah tu. Apa-apa pun tak boleh letak atas lantai. Asal dapat ja, masuk mulut. Atas rak TV pun dah pandai berpaut & capai benda-benda atas rak TV. Rak TV kat rumah yang jenis rendah ja, so kalau dia berdiri, boleh ja capai.


Ni gambar pada hari Sabtu lepas. Pusing-pusing tengok ja, beg dah sangkut. Sambil merangkak, sambil tu la heret beg ni.

Jamuan Hari Raya Tadika Kemas

7hb yang lepas, Tadika Kemas Hariz buat jamuan hari raya. Parents kena bawa sorang satu jenis makanan untuk jamuan tu. So, pagi-pagi lagi dah sibuk-sibuk sediakan Soto Muar & Bihun Goreng untuk jamuan tu.


Kami sampai lambat sikit sebab orang ramai dekat ASB nak masuk kan duit raya anak-anak masing la kot, termasuk la kami. Ada 2-3 jenis makanan yang dah nak abis. TApi still berlambak sebab satu parents bawa 1 la.


& Hariz menang Baju Raya tercantik dan dapat hamper 1.

Senget!! Kena banyak latihan ambik gambar la ni.

Gambar kelas Hariz. Kawan-kawan dah ramai yang balik time ni. Ada yang sibuk main-main di luar lagi.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Di hospital...sekali lagi.

Bulan lepas masuk KMC sekali lagi. Tahun ni dah dua kali masud wad. Last time bulan Mei lepas. Kena tahan dalam wad untuk 4 hari coz infection kat kaki. Nasib baik ada coverage from company insurance. Kalau tidak, masuk GH la. Ini sebabnya company perlu sediakan insurance coverage untuk staf-staf. Baru staf-staf rasa diri di hargai.

Macam biasa la, masuk hospital ja ada orang lain yang lebeh excited nak tidor atas katil dekat wad tu.
Kali ni masuk wad kat KMC, request untuk bilik yang single. Bukan apa, senang sket nak bawak kaum kerabat. Anak-anak pun tidor sekali dalam wad.
18 August 2011 - MC
19 - 22 August 2011 - Hospitalized
23-26 August 2011 - MC
27 August - 4 September 2011 - Cuti Hari Raya Aidilfitri & Merdeka+Annual Leave

Fuhhh. Cuti sakan la bulan lepas. Direct 18 hari.