Rabu, 23 November 2011

Musim Bah dah bermula?



Alor Setar dah mula hujan hari ni. Agak lebat sejak 3 jam yang lalu dan takdak tanda-tanda nak berhenti lagi. Mungkinkah permulaan banjir di Alor Setar?

Last week dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, tetamu jemputan dari Jabatan Meteorologi Malaysia ada bagitau yang hujan akan datang dalam 6 gelombang di ikuti banjir. Adakah ini gelombang pertama?

Rumah my parent dekat area Datuk Kumbar ni tak pernah lagi la kena banjir walaupin banjir besar last year. Tapi masalahnya bila dah banjir, pam air kat Bukit Pinang akan ditutup dan semua orang kat area Alor Setar ni takkan dapat bekalan air sehingga banjir dah surut.

Ahad, 20 November 2011

Kedah Medical Centre



I have been a loyal customer of Kedah Medical Centre(KMC) this year. Dah 3 kali tahun ni masuk dalam wad kat sini. Overal for me, KMC agak baik dari segi servis tapi biasa bab makanan. Makanan agak-agak baik sket dari average.

Dari segi kos, memang mahal. KMC adalah hospital yang paling mahal di Alor Star. Kalau nak ke hospital swasta di Alor Setar ni, ada 2 saja yang ok- KMC & PMC or Putra Medical Centre. PMC lebeh murah kosnya, tapi bilik di PMC lebih kecil dari KMC.

Di KMC, rate untuk bilik single ialah RM220.00 semalam. Lebih kurang rate dekat hotel la pulak. Tapi memang puas hati sebab luas. Boleh letak comforter kat sebelah katil patient & ada satu sofa 3 seater kalau nak tidor atas. Tu belum tengok bilik VIP lagi. Bilik VIP siap dengan ruang tamu lagi tu.

Bilik 2 bedded rate RM150.00. Saiz sama macam bilik single, tp bahagi 2. Bilik 4 bedded pun ada, rate RM120.00.

Tingkat 6 di KMC baru saja di renovate tahun lepas dengan kos lebih kurang RM4 juta. Bilik di tingkat 6 lebih mahal dari rate biasa. Rate untuk single bed RM 250. Tahun lepas sempat jugak duduk bilik double tingkat 6. Masa tu baru opening for tingkat 6 &dapat diskaun untuk bilik tu. Best sebab katil ada remote & TV LCD sorang satu. Tak payah dah berebut-rebut nak tengok dengan orang sebelah.

Next year, KMC akan buka level 7 pulak. Dengar-dengar tu bilik untuk single & VIP sahaja. KPJ(KMC owner) akan buka satu lagi cawagan di Perlis. So lepas ni patient dari Perlis tak payah bersusah-payah ke Alor Setar untuk dpatkan rawatan.

Rabu, 16 November 2011

Home-made Laksa Penang



Tesco baru-baru ni buka satu lagi store di Star Gate, Alor Setar. Kat sana ada satu gerai Laksa Penang yang sedap. Awalnya tak rasa nak makan sebab harga laksa dia yang agak mahal-RM4 sepinggan. Kalau area Alor Setar ni masih buleh dapat laksa dengan harga RM2.50 sepinggan, tp last-last try jugak sebab laksa tu dapat review yang baik dari jiran-orang Penang.

Tiap-tiap kali pi Tesco, gerai laksa ni sure jadi pilihan or kadang-kadang drive thru untuk tapau ja. Last-last, Pn Yati try her own reseipi for Laksa Penang.

Tapi nasib tak baik sebab tak sempat nak makan coz dah sakit kaki dan masuk wad hari berikutnya. Tapi kawan-kawan pn Yati dah bagi review yang baik selepas merasa home-made laksa penang tu dalam akaun facebook.

MRI


1st time buat MRI. MRI or Magnetic Rosonal Imaging ni untuk scan bahagian badan yang cedera yang tak boleh detect dengan x-ray. x-ray just untuk melihat kecederaan yang melibatkan tulang so kalau dah suspect torn ligamen ni perlu buat MRI la.

MRI ni ada berapa peringkat. satu peringkat lebih kurang 5 minit. Semalam buat MRI, officer tu bg tau ada 6 peringkat yang akan ambil masa lebih kurang setengah jam. Nasib baik sebab kena MRI kaki, so bahagian kepala tak payah masuk dalam mesin MRI. Kalau masuk memang kompom sakit kepala la sebab mesin ni agak sempit dan bising.

Hari ni tengah tunggu nak jumpa doktor untuk result MRI untuk tentukan samaada lutut ni perlu buat minor surgery or tidak.

Isnin, 14 November 2011

Bantuan bencana


Tengah tunggu bantuan bencana alam dari Toh Puan Bendahara & Toh Puan Faekah pukul 3 nanti. Untuk semua mangsa puting beliung di Kuala Kedah 3 November lalu.

Sebelum ni dah dapat bantuan segera daripada pihak MB negeri Kedah. Dato Latt dari UMNO turut menghulurkan sumbangan segera pada 4 hb yang lalu.

Satu lagi dari dato Mukriz, tapi yang ni tak sempat nak ambil sebab tengah berhari raya di Pulau Pinang. Hopefully, akan ada lagi bantuan-bantuan yang dapat ringankan beban kami sekerluarga dan penduduk di kawasan sekeliling ni.