Rabu, 16 November 2011

Home-made Laksa Penang



Tesco baru-baru ni buka satu lagi store di Star Gate, Alor Setar. Kat sana ada satu gerai Laksa Penang yang sedap. Awalnya tak rasa nak makan sebab harga laksa dia yang agak mahal-RM4 sepinggan. Kalau area Alor Setar ni masih buleh dapat laksa dengan harga RM2.50 sepinggan, tp last-last try jugak sebab laksa tu dapat review yang baik dari jiran-orang Penang.

Tiap-tiap kali pi Tesco, gerai laksa ni sure jadi pilihan or kadang-kadang drive thru untuk tapau ja. Last-last, Pn Yati try her own reseipi for Laksa Penang.

Tapi nasib tak baik sebab tak sempat nak makan coz dah sakit kaki dan masuk wad hari berikutnya. Tapi kawan-kawan pn Yati dah bagi review yang baik selepas merasa home-made laksa penang tu dalam akaun facebook.

MRI


1st time buat MRI. MRI or Magnetic Rosonal Imaging ni untuk scan bahagian badan yang cedera yang tak boleh detect dengan x-ray. x-ray just untuk melihat kecederaan yang melibatkan tulang so kalau dah suspect torn ligamen ni perlu buat MRI la.

MRI ni ada berapa peringkat. satu peringkat lebih kurang 5 minit. Semalam buat MRI, officer tu bg tau ada 6 peringkat yang akan ambil masa lebih kurang setengah jam. Nasib baik sebab kena MRI kaki, so bahagian kepala tak payah masuk dalam mesin MRI. Kalau masuk memang kompom sakit kepala la sebab mesin ni agak sempit dan bising.

Hari ni tengah tunggu nak jumpa doktor untuk result MRI untuk tentukan samaada lutut ni perlu buat minor surgery or tidak.

Isnin, 14 November 2011

Bantuan bencana


Tengah tunggu bantuan bencana alam dari Toh Puan Bendahara & Toh Puan Faekah pukul 3 nanti. Untuk semua mangsa puting beliung di Kuala Kedah 3 November lalu.

Sebelum ni dah dapat bantuan segera daripada pihak MB negeri Kedah. Dato Latt dari UMNO turut menghulurkan sumbangan segera pada 4 hb yang lalu.

Satu lagi dari dato Mukriz, tapi yang ni tak sempat nak ambil sebab tengah berhari raya di Pulau Pinang. Hopefully, akan ada lagi bantuan-bantuan yang dapat ringankan beban kami sekerluarga dan penduduk di kawasan sekeliling ni.

Rabu, 14 September 2011

AS Cinema - Hantu Bonceng

1st time bawk Hariz pergi tengok wayang. Sebelum ni takut nak bawa sebab takut dia bising dalam panggung wayang or tak mau duduk diam-diam dalam tu sampai abes.

Kena beli jajan dulu sebelum masuk. Air, Popcorn, kepok, cokelat wajib kena ada la.
Since hari raya tu dia dok tengok iklan Hantu Bonceng tu macam interested saja, so lepas jamuan hari raya dekat Taska Kemas, kami bawa dia pergi tengok cerita Hantu Bonceng ni kat AS Cinema.

Raya Day 5 - Penang Trip

Bos dah jemput satu office ke rumah dia in Penang for the 1st time sejak aku kerja kat sini. Even kakak-kakak yang senior kat office ni pun bagitau itu la pertama kali dia buat open house untuk hari raya. Tak tau la kalau sebelum ni dia ada buat tapi tak panggil kitaorang kan.
Walaupun jalan nak pi rumah bos ni tak la susah sangat tapi still ter-silap jalan jugak. Bukan apa, last time lalu tempat tu pun 2-3 tahun lepas. Landmark yang dia bagi, 1. Kayu Nasi Kandar, 2-Kompleks Bukit Jambul. Kompleks Bukit Jambul ni senang la nak cari sebab besar dan bleh nampak dari sebelah jalan. Kayu Nasi Kandar ni plak terlindung sket, tapi kami berjaya cari cuma nak cari jalan rumah dia yang tak berjaya. Nasib baik Samsung Galaxy Tab membantu dengan perisian Navigation.

2nd agenda lepas open house - jalan-jalan at Queens Bay Mall.

Di Starbucks.

Kat Alor Setar takdak Starbucks, paling dekat pun Sungai Petani. Mula-mula ingat nak makan burger Subway, tapi bila dah dekat Subway tu rasa macam tak mau makan pulak.
Dah jumpa, sah-sah la kena main dulu seround-dua.
Balik dari Penang, kami try naik feri la sebab Hariz memang suka naik feri. Nasib baik la tak ramai sangat kat Jetty tapi lama sikit la menunggu.