Isnin, 24 Disember 2012

KUCHING DAY 2 (5-Sept-12)

Memandangkan waktu siangnya lebih cepat cerah berbanding di Semenanjung, jadi pkl 5 pagi dah terjaga. Bila dah terjaga tu, mmg susah dah la nak tidoq balik. Hariz jaga2 ja dari tidoq terus mintak Tab nak layan game dulu...Dlm kul 7.00 mcm tu siapkan Hariz & Haifa, pastu jomlah kita keluar cari makanan utk sarapan. Pusing2 area Tune Hotel tu tak jumpa pun kedai mamak. Sbbnya Hariz kalau sarapan dgn roti canai mesti dia tak tolak punya. Kalau menu lain tu mcm tak dak selera tgk dia makan. Bila tak jumpa kedai mamak, ternampak lah McD, McD pun McD lah janji perut berisi. Masa jalan2 nak cari kedai mamak tu, ternampak lah replika patung kucing ni...So, mai la kita bergambaq 3-4 keping!



Lepas sarapan di McD, kami berjalan keluar dan sambil2 tu tgh berfikir nak ke mana pulak ni...Bertentangan dgn McD tu ada hentian teksi, so kami bertanya pada pemandu teksi tu tempat yg menarik yg bleh kami lawati. Akhirnya kami mintak pemandu teksi tu hantar kami ke Muzium sajalah. Caj teksi yg tak sampai 15 minit perjalanan adalah RM 12.00.



Bayaran masuk ke dalam Muzium Sejarah Semulajadi tu adalah RM 4/person. Kanak2 RM 2.00. Dalam Muzium Semulajadi tu bukan ada apa sgt pun. Semua mengenai fossil batu-batuan dan tumbuhan saja. Tp bila masuk Muzium Etnologi tu mcm2 artifak dan sejarah masyarakat Sarawak dulu kala mmg byk. Lenguh kaki berpusing2 kat dalam tu...Setelah 2 jam berada di dalam, kami semua pun dah lenguh kaki, maka marilah kita keluar dari Muzium ni...






















Lepas keluar dari Muzium, kami berjalan ke stesen bas berhampiran dgn tujuan untuk cuba menaiki bas untuk balik ke hotel. Setelah berjalan baru kami perasan ianya seperti Waterfront yang telah kami jalan semalam. Rupanya kawasan Waterfront tu mmg lah panjang, rasanya lebih 2 kilometer, jadi kami teruskan saja dgn berjalan kaki. Tiba-tiba kami ternampak Cruise yg parking di tepi Sg. Sarawak tu. Jadual perjalanan Cruise tu hanya pada pukul 5.00 ptg setiap hari. Memandangkan jam barulah pukul 12.30 tghari, maka kami beli tiket dahulu dan kemudian pulang semula ke hotel utk berehat. 

































Lepas settle beli tiket, kami berjalan balik ke hotel, dan singgah lunch di restoran yang berdekatan Tune Hotel. Kami menikmati hidangan tengahari di Restoran Tumis. Memandangkan waktu tengahri tu adalah time tidur Haifa mmg dia tengah buat 'perangai' sgt2 di dalam restoran tu...



Laksa SARAWAK, tekak mama cannot GO lah...
Hariz kalau dpt 'benda ni' mmg tak terasa lapar pun...
Haifa tengah 'tunjuk perasaan'
Lepas makan, kami balik ke hotel berehat dan tidor sekejap. Lebih kurang pukul 4.15 kami keluar semula dan berjalan ke Waterfront untuk menaiki Sarawak RIver Cruise. Ketika keluar dari hotel, hujan renyai2, nasib baik buleh pinjam payung yang Tune Hotel sediakan. Hujan renyai2 tak sampai 10 minit berjalan, pun berhenti...



Tempat menunggu Cruise



Cruise bergerak tepat jam 5.00 petang. Selepas 15 minit cruise bergerak hujan renyai2 mulai turun semula. Kami dihidangkan Kek Lapis Sarawak dan juga Oren Jus di dalam Sarawak River Cruise.











Lepas 20 minit Cruise menyusuri Sg. Sarawak, hujan yang turun mulai lebat. Kami dan penumpang lain yang duduk di bahagian atas terus lari ke dek di bawah. Tak lama selepas tu, penari-penari Sarawak River pun membuat persembahan. Salah seorang penari tu muka macam Hanis Zalikha la pulakkk...



Bersama penari Sarawak River Cruise (yang sebelah kanan tu muka mcm Hanis Zalikha)


Lepas 1 jam setengah mengelilingi Sungai Sarawak, Cruise pun kembali berlabuh. Jam menunjukkan 6.30 petang, tp suasana gelap tu dah macam pukul 8.30 kalau di Semenanjung ni. Maka lepas turun ja dari Cruise  kami terus berjalan ke tempat semalam kami pergi untuk makan malam iaitu di TopSpot Seafood. Kami pergi kedai yang sama kami pergi semalam.






Lepas makan, kami pun berjalan balik ke hotel. Dalam perjalanan Papa ternampak kedai makan ni. Lalu papa pun snap gambar ni....