Khamis, 22 November 2012

KUCHING DAY 1 (4-Sept-12)

Percutian kedua dan terakhir dalam tahun ni ialah ke Kuching, Sarawak. Tiket ni bulan Dec thn lepas jugak sama tarikh dgn booking tiket ke Bandung bulan Julai lepas. Tapi kali ni bawak Haifa sekali. Memang plan dari awal ke Kuching ja nak bawak Haifa pun. Buat pertama kalinya Haifa naik kapal terbang umur 1 tahun 9 bulan. Flight AA dari Alor Setar jam 8.30 pagi. Alhamdulilah flight dr sini mmg tak penah delay. Sejam lepas tu kami mendarat di LCCT. Flight berikutnya ke Kuching jam 11.30 pagi. So, marilah kita membasahkan tekak di Starbuck dulu…













Alhamdulilah, kami selamat di Kuching International Airport lebih kurang 1.00 tghari. Kami ambik teksi utk ke hotel yg telah kami booking online. Caj teksi adalah sebanyak RM25.00. Hotel yang kami booking online tak la hebat pun. Tune Hotel @ Waterfront. Memandangkan Tune Hotel ni mmg kecik, so haruslah ambik 2 bilik. Haifa tidoq dgn mama. Hariz lak tidoq dgn papa…Caj utk 1 bilik utk 2 mlm adalah RM 50.00 sahaja. Mmg ambik yg basic sahaja, iaitu tak add on air-cond or toiletries pun





Lepas dah check-in dan letak beg semua, harusla nak keluaq jalan-jalan kan…Kata bercuti, tak kan nak dok dlm hotel ja kan…Bilik pun tak best, takat buleh tidoq ja lah…Tune Hotel memag dekat sgt-sgt dgn Kuching Waterfront so itulah tempat pertama dituju setelah sampai di Kuching.Selalu asyik tengok dalam tv saja rupa bot penambang. Tgk mcm best saja, tapi bila 1st time jejak kaki ke dalam bot tu dan-dan rasa nak terbalik bot tu…beralun-alun…Hariz menjerit-jerit sambil teriak sbb takut. Haifa apa lagi tgk abg dia start teriak, dia pun teriak sama la. Kami 4 beranak naik bot penambang tu ke seberang sana utk beli kek lapis dan ikan terubuk masin. 5 kupang perhead. Kami 4 beranak baru RM 2.00! Tp aku bagi lebih la kat pakcik bot tu anggap ja sebagai sedekah sbb umuq pun dah sebaya pak mertua aku yg dah berbelas-belas tahun pencen tp masih kuat mencari rezeki.







Kek lapis ada berbagai warna dan perisa. Tp memandangkan jangka hayat kek-kek tu tak lebih dari seminggu, jadi aku pun tak beli satu pun untuk kawan-kawan. Hari Ahad baru flight balik ke Alor Setar, maaflah pada kawan-kawan yg kirim nak beli kek lapis permintaan anda semua tak dapat ditunaikan. Flight dari Kuching ke KL hari jumaat petang, tp kami bermalam di KL selama 2 malam. Kalau beli mesti kek tu dah berkulat. Ikan terubuk masin jangka hayatnya dalam 10 hari kalau dibungkus kemas. Ada yg 3 ekoq RM 10, dan ada yg 2 ekoq RM 10. Ikan terubuk masin ni aku beli byk sbb ramai yg order. Bila check-in foursquare dan post di FB ramai la pulak kawan-kawan yg pakat order.











Sebelum ke Kuching aku ada jugak la google-google blog org lain tgk tmpat makan yang best kat Kuching tu. Setelah di google aku terjumpa tempat makan (Seafood) yang best iaitu di Top Spot. Kiranya Top Spot ni tak jauh dari Tune Hotel lebih kurang 700-800 meter kot dari Tune Hotel. Bermacam-macam jenis seafood ada kat sini. Pilih jenis seafood, pastu bagi tajuk masakan and then tukang masak tu akan masakan. Harga adalah reasonable. Tak cekik darah la kiranya…Lepas ‘tummy’ dah kenyang dgn lemak dan kolestrol, jomlah balik sidai perut kat bilik hotel…Sekian utk hari pertama initerary…