Isnin, 30 Julai 2012

From Alor Setar to Bandung (Transit di LCCT)

Akhirnya tanggal 14-Julai-2012 yg lalu, kami 3 beranak telah pun selamat pergi dan balik dari Bandung, Indonesia. Percutian selama 4 hari 3 malam di sana amatlah menyeronokkan. Perjalanan kami dimulakan dgn penerbangan AA dari LTSAH jam 9.55 mlm. Kami mendarat di LCCT Sepang lebih kurang jam 11.00 mlm. Sementara menuggu flight seterusnya ke Bandung 6.45 pagi keesokkannya, kami 'melepak' di LCTT lebih kurang 6 jam. Setibanya kami di LCCT, kami terus ke Starbuck kerana perlu mencari minuman berkafein untuk membuntangkan mata. Boleh dikatakan kesemua kerusi dan meja dia dalam Starbuck dipenuhi dgn pelanggan. Setelah satu jam berada di dalam Starbuck, rupanya ada segelintir pelanggan yg mengambil kesempatan utk tidur di atas meja. Mereka pun lebih kurang mcm kami juga (mungkin) menunggu flight awal pagi.
 
Mama & Hariz yg excited (Tp Hariz OVER excited)

PaPa yg CooL
@ Starbuck LCCT, Hariz muka merajuk sbb asyik lah mintak Tab

Kat Alor Setar tak dak Starbuck (sesekali minum bleh la, kalau selalu rabak poket)

Kena bg dia 'someting' baru bleh dok diam sikit. Sbb lama sgt dok dlm Starbuck, bila org lain ja bangun laju2 ubah meja pi duduk tepi dinding sbb nak charge Tab ^_^
Kami lepak di Starbuck sampai kul 4.00 pagi. Lepas tu kami decide nak breakfast di Mc'D la pulak. So, masa di Mc'D ni Hariz dah tidoq. Terpaksa kembaqkan 2 kerusi supaya dia buleh baring. Tu pun badan dia bengkok, mmg tau dia tak selesa sgt...Nasib baik tak bwk Haifa sbb mmg dah buleh situasi mmg akan jadi mcm ni...Kalau bawak Haifa tidur tak selesa mcm2 la dia buat perangai. Dah la kita letih sbb tak dpt tidur...

Kesian tgk dia tidur masa ni, amat tidak selesa, Terus terbayangkan tilam, selimut dan bantal di rumah :-(


Jam 5.30 pagi sudah sedia di ruang menunggu

Jam 5.00 pagi kami dah pun check-in. Ermm...susah jugak sbb perlu pusing sana sini utk melepasi kaunter Imigresen. Akhirnya 6.20 pagi kami sudah pun menaiki kapal terbang. Flight berlepas jam 7.00 pagi (biasalah, kalau flight tak delay bukan namanya Air Asia la tu)