Selasa, 27 Disember 2011

Puting Beliung - 3 November

3 November lalu, rumah kami di Kuala Kedah adalah antara 180+ rumah yang di landa ribut. Nasib baik takdak kehilangan nyawa, tapi kerugian harta benda yang agak teruk. Kebanyakkan rumah kat area sini kerosakkan teruk adalah dekat bumbung. Since macam-macam yang berterbangan termasuk la awning rumah homestay yang terbang lepas 2-3 blok.
Ini awning-awning yang berterbangan, termasuk 1 yang dah landing atas bumbung rumah kami.

  Ini pulak kayu 3 x 2 yang buat alang bumbung rumah. satu dah terpacak kat awning jiran sebelah. 5 -6 batang lagi depan rumah, satu dah pecah kan cermin sliding sliding door. Kayu ni kalau kita nak angkat sorang-sorang memang perit la.

Since malamnya elektrik kena potong, so harus la sambil-sambil tu lepak dekat luar rumah. Nasib baik area taman ni memang ada kumpulan RELA yang meronda. Walaupun ada RELA yang meronda, next day ada juga rumah yang kena pecah masuk, habis barang emas ngan duit kena sapu.


Next day, panggil abg-abg bangla general worker MMC-Gamuda tolong pasang atap. Nasib tak baik, tengah punggah atap hujan pulak turun, so kat dalam rumah dah macam air terjun.

  
Hariz rajin tanpa disuruh. Bagus....bagus....

Puncak Mutiara Cafe

Best!!!
Stik, satay, nasi goreng, nasi beriani, roti arab. Senang cakap semua ada la kat sini.
Bleh tengok menu dia dekat sini. Ada lebih kurang 13 page makanan dan minuman.
Puyuh, arnab, kambing, lembu, ayam, ostrich



Menu kami nasi goreng dengan satay& kambing grill . Satay buleh pilih nak satay apa. Kambing grill memang lembut. tak payah susah-susah nak potong. Sekali kuis dah terpotong.



Pondok-pondok macam ni adalah tempat makan kat sini. Ada yang boleh bersila & ada yang berkerusi dan tempat untuk makan ni memang ada banyak so tak yah risau takdak tempat nak duduk. Yang dalam gambar kat atas tu bahagian atas, kat bawah pun ada lagi tempat untuk makan.


Kat sini ada kolam ikan. So kalau rasa-rasa nak makan dengan tenang, beli la makanan ikan dekat cashier counter dan bagi la dekat anak-anak. Diorang akan lepak sambil bagi ikan makan dekat situ, tak ganggu kita nak makan.


Tutti Fruity

 Hujan!!! Selepas check-out dari Tanjung Bungah Beach Resort, kami menuju ke Island Plaza untuk kedai Tutti Fruity. Kat Alor Setar takdak kedai ni, Sungai Petani pun tak dak jugak la, rasanya. Paling dekat di Penang. Kat Penang adsa 2 tempat, 1 di Queensbay Mall dan 1 lagi kat Island Plaza. Kelmarin kat Queensbay Mall tak sempat nak cari gerai so kami ke Island Plaza yang lebih dekat dengan Tanjung Bungah. 





 Hariz tak pernah makan dekat Tutti Fruity lagi sebab tu la muka dia teruja sangat tu.