Selasa, 27 Disember 2011

Puting Beliung - 3 November

3 November lalu, rumah kami di Kuala Kedah adalah antara 180+ rumah yang di landa ribut. Nasib baik takdak kehilangan nyawa, tapi kerugian harta benda yang agak teruk. Kebanyakkan rumah kat area sini kerosakkan teruk adalah dekat bumbung. Since macam-macam yang berterbangan termasuk la awning rumah homestay yang terbang lepas 2-3 blok.
Ini awning-awning yang berterbangan, termasuk 1 yang dah landing atas bumbung rumah kami.

  Ini pulak kayu 3 x 2 yang buat alang bumbung rumah. satu dah terpacak kat awning jiran sebelah. 5 -6 batang lagi depan rumah, satu dah pecah kan cermin sliding sliding door. Kayu ni kalau kita nak angkat sorang-sorang memang perit la.

Since malamnya elektrik kena potong, so harus la sambil-sambil tu lepak dekat luar rumah. Nasib baik area taman ni memang ada kumpulan RELA yang meronda. Walaupun ada RELA yang meronda, next day ada juga rumah yang kena pecah masuk, habis barang emas ngan duit kena sapu.


Next day, panggil abg-abg bangla general worker MMC-Gamuda tolong pasang atap. Nasib tak baik, tengah punggah atap hujan pulak turun, so kat dalam rumah dah macam air terjun.

  
Hariz rajin tanpa disuruh. Bagus....bagus....

Puncak Mutiara Cafe

Best!!!
Stik, satay, nasi goreng, nasi beriani, roti arab. Senang cakap semua ada la kat sini.
Bleh tengok menu dia dekat sini. Ada lebih kurang 13 page makanan dan minuman.
Puyuh, arnab, kambing, lembu, ayam, ostrich



Menu kami nasi goreng dengan satay& kambing grill . Satay buleh pilih nak satay apa. Kambing grill memang lembut. tak payah susah-susah nak potong. Sekali kuis dah terpotong.



Pondok-pondok macam ni adalah tempat makan kat sini. Ada yang boleh bersila & ada yang berkerusi dan tempat untuk makan ni memang ada banyak so tak yah risau takdak tempat nak duduk. Yang dalam gambar kat atas tu bahagian atas, kat bawah pun ada lagi tempat untuk makan.


Kat sini ada kolam ikan. So kalau rasa-rasa nak makan dengan tenang, beli la makanan ikan dekat cashier counter dan bagi la dekat anak-anak. Diorang akan lepak sambil bagi ikan makan dekat situ, tak ganggu kita nak makan.


Tutti Fruity

 Hujan!!! Selepas check-out dari Tanjung Bungah Beach Resort, kami menuju ke Island Plaza untuk kedai Tutti Fruity. Kat Alor Setar takdak kedai ni, Sungai Petani pun tak dak jugak la, rasanya. Paling dekat di Penang. Kat Penang adsa 2 tempat, 1 di Queensbay Mall dan 1 lagi kat Island Plaza. Kelmarin kat Queensbay Mall tak sempat nak cari gerai so kami ke Island Plaza yang lebih dekat dengan Tanjung Bungah. 





 Hariz tak pernah makan dekat Tutti Fruity lagi sebab tu la muka dia teruja sangat tu.

Jumaat, 25 November 2011

Tanjung Bungah Beach Resort - Day 2

Tanjung Bungah Beach Resort - Day 2

 

 Sarapan kat sini ok-ok ja. Tak lah sedap sangat especially bihun goreng dia, tawar. Time makan tu ambil tempat kat luar, konon-konon nya nak enjoy pemandangan la. Tengah-tengah makan, sekali hujan turun dengan lebat, semua orang cabut masuk dalam la.

Hariz lak tak sabar-sabar nak mandi kolam walaupun hujan turun. Lepas hujan dah tak lebat lagi, dia pun turun la. Tapi bukan Hariz sorang ja lah, ada lagi budak-budak lain yang tak makan saman ni. Tengah hujan pun selamba ja mandi kolam. Esok kompom semua demam.



 Yang bagusnya, Hariz ni pandai buat kawan. Tak kira sapa ja, dia mesti ajak main. Last-last dapat sorang kawan ni yang umur 6 tahun dengan adik perempuan dia umur 4 tahun. OK la main-main air dalam kolam tu.


Sebelum check-out, sempat lagi la ambik gambar. Waktu nak check-out nie, hujan dah berenti, macam tau-tau pulak. Next destination, Tutti Fruity Island Plaza.
Ini rack rate untuk Tanjung Bungah Beach Resort untuk sapa-sapa yang nak pi lepas ni.

Tanjung Bungah Beach Resort

 Tanjung Bungah Beach Resort - Day 1

Kami sampai di Tanjung Bungah Beach Resort around jam 3.45 petang. Selepas dari Restoran Aur Gading, naik feri & ke Queensbay Mall dulu. Window shopping and round-round keliling Queensbay Mall dekat sejam dua. Since di Penang pun turut cuti, waktu nak balik tu ada masalah sikit la sebab kereta dekat parking penuh. Masalahnya kat Queensbay Mall ni, jalan masuk dan keluar adalah hampir sama, sebelah menyebelah, dan lorong dekat parking area hanya muat satu kereta. So, jem la, dekat-dekat 1/2 jam baru buleh keluar.

Last-last sampai kat Tanjung Bungah ni jam 3.45. Elok la sebab check in pun pukul 3 petang. Kami dah booking resort ni awal-awal lagi, buat online booking la murah sikit dari publish rate. Waktu sampai tu hari masih lagi cerah, tapi dah ada tanda-tanda nak hujan.


 Elok-elok masuk dalam bilik saja, hujan pun turun. Terpaksa la melepak dalam bilik buat sejam - dua.
Hariz dah tak sabar-sabar nak mandi laut, siap dah tukar dalam swimming suit yang baru ja beli last week.
 OK, lepas dah bawak ke tepi laut, takut la pulak nak mandi laut si Hariz ni. Takpa lah sebab air laut kat situ pun tak berapa bersih/elok. Last time pi mandi laut dekat Lumut&Pulau Pangkor. Air kat sana lebih elok dari Tanjung Bungah. Last-last mandi kat kid pools saja.




 
And Haifa pun sempat turun sekali ke dalam kolam. Rasanya kalau dah boleh jalan tu masuk & mandi sendiri. Tak larat nak pegang dah, so bagi la dia rendam kaki & perut sket dalam air yang sejuk sesangat tu. Hariz dah tak kesah walaupun satu badan dah kecut.
 

Malamnya makan dekat Khaleel di Persiaran Gurney. Asalnya nak makan dekat Line Clear, sebab tak reti nak cari jalan di Penang, dua-tiga kali pusing pun tak jumpa-jumpa jugak. Nasi kandar Khaleel agak sedap jugak lah.