Rabu, 14 September 2011

Nak pegi school jugak

Haifa dah pandai merangkak.Dah pandai merangkak, pandai la tarik & punggah barang-barang kat rumah tu. Apa-apa pun tak boleh letak atas lantai. Asal dapat ja, masuk mulut. Atas rak TV pun dah pandai berpaut & capai benda-benda atas rak TV. Rak TV kat rumah yang jenis rendah ja, so kalau dia berdiri, boleh ja capai.


Ni gambar pada hari Sabtu lepas. Pusing-pusing tengok ja, beg dah sangkut. Sambil merangkak, sambil tu la heret beg ni.

Jamuan Hari Raya Tadika Kemas

7hb yang lepas, Tadika Kemas Hariz buat jamuan hari raya. Parents kena bawa sorang satu jenis makanan untuk jamuan tu. So, pagi-pagi lagi dah sibuk-sibuk sediakan Soto Muar & Bihun Goreng untuk jamuan tu.


Kami sampai lambat sikit sebab orang ramai dekat ASB nak masuk kan duit raya anak-anak masing la kot, termasuk la kami. Ada 2-3 jenis makanan yang dah nak abis. TApi still berlambak sebab satu parents bawa 1 la.


& Hariz menang Baju Raya tercantik dan dapat hamper 1.

Senget!! Kena banyak latihan ambik gambar la ni.

Gambar kelas Hariz. Kawan-kawan dah ramai yang balik time ni. Ada yang sibuk main-main di luar lagi.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Di hospital...sekali lagi.

Bulan lepas masuk KMC sekali lagi. Tahun ni dah dua kali masud wad. Last time bulan Mei lepas. Kena tahan dalam wad untuk 4 hari coz infection kat kaki. Nasib baik ada coverage from company insurance. Kalau tidak, masuk GH la. Ini sebabnya company perlu sediakan insurance coverage untuk staf-staf. Baru staf-staf rasa diri di hargai.

Macam biasa la, masuk hospital ja ada orang lain yang lebeh excited nak tidor atas katil dekat wad tu.
Kali ni masuk wad kat KMC, request untuk bilik yang single. Bukan apa, senang sket nak bawak kaum kerabat. Anak-anak pun tidor sekali dalam wad.
18 August 2011 - MC
19 - 22 August 2011 - Hospitalized
23-26 August 2011 - MC
27 August - 4 September 2011 - Cuti Hari Raya Aidilfitri & Merdeka+Annual Leave

Fuhhh. Cuti sakan la bulan lepas. Direct 18 hari.

Rabu, 13 Julai 2011

Besday 4 Tahun ~ Hariz(19 Jun 2011)

Since dah bawak Hariz nek boat & tidor hotel tahun nie, besday dia just beli kek sebijik la. Ini baru sampai dari Lumut terus pegi kedai kek sayang & beli satu.

Pangkor Trip ~ 18&19 June 2011(Day 1)

Peta perjalanan. Takut jugak sesat sebab last time ke Lumut ni tahun 2000 kot.
At Lumut Water Front sebaik tiba dari Alor Star. Perjalanan yang lama hampir2 4 jam. Tak sure samaada sesat or tak. Just ikut saja jalan lepas dari exit Changkat Jering.
Selepas check-in to hotel. 4-5 hotel gak yang singgah, tapi semua full. Yang ada pun besar sangat, tak sesuai tuk kami ber-4.
@ Pantai Teluk Batik.
Jalan-jalan around Pantai Teluk Batik. Buleh beli sourvenir & jajan dekat sini.


Makan malam @ Pekan Lumur. Tak mahal sangat makan kat area ni since makanan laut senang. Tapi kalau compare dengan di Kota Kinabalu dulu lagi besh. Tomyam campur(ketam+sotong+udang+ikan) baru RM10 - berbaloi sebab ketam memang besar.